SELEPAS beberapa kali mengelak untuk menjawab mengenai kehamilan, akhirnya pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mengesahkan dia kini sudah berbadan dua. Menerusi Instagram, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. "Alhamdulillah, Ya Kak Kepom (nama panggilannya) mengandung! Syukur Alhamdulillah... InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ramai mula ucap tahniah Elly Mazlein hamil... tapi apa kata tuan badan? "Atok akan dapat cucu lagi... papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik. "Tapi kakak manja minta ‘sister’ mana-mana pun tak apa, hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan," katanya pada malam Isnin. Elly kongsi berita gembira di Instagram. Bagaimanapun, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini tidak menyatakan usia kandungannya itu. Dalam pada itu, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraannya dan keluarga. "Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah! "Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya daripada saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa. Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah! ELLY MAZLEIN PENYANYI/ PELAKON "Doa saya agar Allah permudahkan urusan anda semua... Terima kasih!” ujarnya. Menerusi laporan mStar pada Selasa lalu, Elly berkata dia tidak berniat untuk berahsia mengenai kehamilannya. Sebaliknya dia berjanji akan mengumumkan di platform media sosial sekiranya benar dia sedang berbadan dua. Elly teruja untuk timang cahaya mata kedua. Spekulasi Elly sedang hamil mula timbul selepas sebuah video TikTok Suria FM menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump penyanyi tersebut. Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO KAK KEPOM!