suria

Nadia Brian, Muizz sah cerai talak satu - “Lafaz luar mahkamah seperti diminta bekas suami”

Nadia Brian sahkan ikatan perkahwinan sudah berakhir.

SELEPAS beberapa bulan berdepan isu pergolakan rumah tangga, akhirnya pelakon Nadia Brian mengesahkan dia dan suami iaitu Muizz Nasruddin sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, memberitahu perceraian itu dilakukan di luar mahkamah seperti diminta oleh Muizz.

"Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.42 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Status kami masih sah... kebenaran akan terbukti satu hari nanti” - Suami Nadia Brian jawab kisah rumah tangga bermasalah

"Penceraian kami dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.

"Dah selesai semuanya. Alhamdulillah saya okey," katanya.



Ikatan perkahwinan Nadia dan Muizz telah berakhir.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia didakwa berlaku curang terhadapnya.

Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek!

NADIA BRIAN

PELAKON

Bagaimanapun pelakon drama Titian Takdir itu menafikan semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini malah menyifatkan ia sebagai fitnah semata-mata.

Memegang status baharu, pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda ini berkata fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya seni dan keluarga.



Nadia mahu fokus keluarga dan kerjaya.

Lebih-lebih lagi, tanggungjawabnya terhadap ibu dan nenek yang perlu diberi perhatian utama.

"Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek.

"Nenek ada lagi jadi kena berbakti lebih pada orang tua," ujarnya.

Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain