suria

[VIDEO] Khalis abang Tajul derita sakit, badan jadi kurus kering... wajah lesu dan pucat

DIKEMASKINI

PENYANYI Khalis yang juga adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik kini menderita sakit dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut adik kepada Khalis iaitu penyanyi Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari, abangnya dikejarkan ke hospital pada Rabu malam.

Tajul ketika dihubungi memberitahu Kalis atau Muhammad Khalis Md Shari, 33 berkemungkinan terkena buatan orang atau ilmu hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pak Guard’ Suara Sedap Rupanya Adik Arwah Achik Spin

"Wallahualam, saya tak berani nak kata apa berhubung sakit abang saya. Tapi siapa yang tengok gambar dia tu mungkin akan faham.

"Dia sakit sejak empat atau lima hari yang lalu. Kemudian semalam (Rabu) dia dibawa ke hospital," katanya kepada mStar.

Wajah Khalis sebelum diserang penyakit.

Keadaan kesihatan Khalis menimbulkan tanda tanda selepas satu akaun Facebook berkongsi foto bekas vokalis kumpulan The Real Spin itu.

Menerusi foto berkenaan kelihatan dia didukung oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam kereta dipercayai sebelum dibawa ke hospital.

Wajah Khalis kelihatan pucat selain keadaan fizikal yang cengkung.

Mewakili abang, saya minta semua doakan yang terbaik untuk dia.

TAJUL

PENYANYI

Bercerita lanjut tentang keadaan terkini Khalis, Tajul, 23, berkata abangnya dalam keadaan baik dan stabil.

"Sekarang keadaan abang saya masih okay, doktor tengah monitor je," ujarnya.

Selain itu Tajul meminta agar orang ramai mendoakan agar abangnya dapat pulih seperti sedia kala.

Tajul memohon orang ramai mendoakan kesihatan abangnya kembali pulih.

"Mewakili abang, saya minta semua doakan yang terbaik untuk dia.

Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh anak berusia dari 9 hingga 20 tahun.

Tiga daripada mereka ialah anak tiri, dua anak sendiri dan dua lagi anak saudara yang dibelanya sejak kecil.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain