suria

Nad Zainal kongsi tip berpantang - “Bersalin normal boleh tangas, kalau pembedahan... tidak!”

Nad Zainal kini sedang menjalani tempoh berpantang.

SELAMAT menimang cahaya mata kedua pada 30 Mac lalu, pelakon Nad Zainal meminta supaya tidak wujud perbandingan terhadap proses bersalin yang dilalui golongan ibu.

Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 31, semua ibu tetap melalui nikmat dan sakit bersalin yang sama walaupun secara normal atau pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Klasik! Nad Zainal beri nama anak kedua... Budi Kalsom - “Semoga sentiasa indah pekerti, lembut perwatakannya”

"Tak kisahlah ibu melahirkan secara normal mahupun pembedahan, tak perlulah dibanding-bandingkan kerana semua melalui nikmat dan sakit yang sama.



Nad berkongsi video ketika melakukan proses bertungku.

"Tapi apabila time berpantang, ada beza yang... bersalin normal boleh tangas, yang pembedahan tidak.

"Yang normal hari pertama pantang dah boleh berbengkung, yang pembedahan kalau boleh... tunggu luka kering," katanya di Instagram.

Nad yang melahirkan anak keduanya, Budi Kalsom secara pembedahan kini sedang menjalani proses berpantang dengan menggunakan khidmat confinement lady.



Nad bersama suami dan anak sulung, Fahad Ibrahim.

"Kalau bertungku, haaa boleh! Cuma area perut tak boleh... tapi selalunya selepas pembedahan selalu lenguh pinggang tau," ujarnya.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 5, dan Budi Kalsom.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain