suria

Erma Fatima tak kisah Instafamous jadi pelakon, bosan tengok muka lama - “Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariffin”

Erma Fatima mengalu-alukan kedatangan pelakon pelapis baharu daripada golongan Instafamous.

KETIKA ramai artis veteran merungut, pengarah dan pelakon Erma Fatima pula tampil menyambut baik golongan Instafamous yang kini dilihat semakin ramai mewarnai industri seni lakon tempatan.

Menurut Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 53, dia melihat perkara itu sebagai satu perkembangan yang baik namun golongan tersebut perlu hadir dengan niat yang betul sekiranya ingin berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Disiplin tiada, skrip tak hafal... zaman followers” - Makin ramai artis senior hentam sikap pelakon baharu ‘bajet bagus’

"Saya tiada masalah untuk golongan Instafamous atau mana-mana artis BBNU (budak baru nak up) nak jadi pelakon, saya mengalu-alukan kedatangan mereka tapi ia perlulah datang dengan niat yang betul.

"Janganlah pula kau baharu berlakon tapi dah ada cerita buruk skandal sana, sini atau ada gambar bogel... itu merosakkan nama industri.

Kempen amal yang diterajui Erma dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

"Tapi kalau niat dia betul-betul untuk cari rezeki, saya okey sahaja," katanya kepada mStar.

Erma ditemui pada majlis pelancaran kempen amal Sebuah Kehidupan yang berlangsung di Glasshouse, Ampang pada Khamis.

Selain itu, Erma turut menyatakan pendapatnya bahawa golongan pelakon senior seharusnya menerima hakikat bahawa setiap pelakon ada 'tempoh luput' dan seharusnya berlapang dada dengan kehadiran pelapis baharu.

Janganlah pula kau baharu berlakon tapi dah ada cerita buruk skandal sana, sini atau ada gambar bogel.

ERMA FATIMA

PENGARAH, PELAKON

"Industri ini come and go, kau bersedialah untuk dipuja dan kau pun kenalah bersedia untuk dihina dan dilupakan.

"Industri kita ini kekurangan pelakon dan yang marah-marah tu pun tahu mengenai perkara ini.

"Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariffin atau Shukri Yahaya sahaja... nanti orang akan kata, asyik muka pelakon yang sama," ujarnya lagi.

Rusdi Ramli dan Fizz Fairuz antara pelakon senior yang bersuara mengenai pendatang baharu.

Sebelum ini, beberapa pelakon senior meluahkan perasaan kesal mereka dengan sikap segelintir selebriti junior yang dilihat seolah-olah tidak serius untuk menceburi bidang lakonan.

Mereka yang bersuara termasuklah Rusdi Ramli, Datuk Fizz Fairuz, Izara Aishah, Sheila Mambo serta Rita Rudaini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain