suria

Shaheizy Sam tinggal pesanan ‘deep’ untuk pelakon senior… kena jaga adab, - “Jangan ingat dia budak baharu kita nak tunjuk power”

Shaheizy Sam terbuka bekerja dengan pelakon lama atau baharu.

LUAHAN pelakon senior mengenai kebanjiran instafamous menyertai bidang lakonan dan sikap buruk segelintir bakat baharu terus menjadi topik perbualan dalam kalangan penggiat seni dan netizen di media sosial.

Menyedari isu yang hangat diperkatakan ini, pelakon Shaheizy Sam berpendapat hal ini tidak seharusnya menjadi perdebatan kerana ia merupakan kitaran biasa seiring perubahan zaman.

Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, berkata setiap pelakon memiliki kelebihan dan kepentingan dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam makin seronok jadi ‘businessmen’ - “Perlu korbankan dunia lakonan walaupun ia memang minat saya”

"Kita kena sedar sekarang ni banyak platform media sosial yang boleh popularkan seseorang, semua nak jadi influencer dan mahukan perhatian masyarakat.

"Dalam hal ini, saya tak salahkan pelakon baharu atau pelakon lama sebab semuanya atas kehendak stesen televisyen, mereka orang berniaga semestinya mengharapkan pengikut untuk menonton, walaupun kayu tak apa! Mungkin itu pegangan mereka, ini semua kitaran biasa dalam industri.

Shaheizy Sam ada pegangan tersendiri sebagai pelakon.

"Pelakon senior termasuk saya zaman dahulu tak ada platform media sosial dan kita hanya harap pada bakat, semua bergantung bakat... kita tunjuk bakat supaya orang suka untuk tengok lakonan kita tapi sekarang zaman dah berubah," katanya kepada mStar.

Sam ditemui semasa pelancaran produk makanan terbaharu miliknya berasaskan coklat, Syoklat! SyokoTube yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Sam berkata setiap pelakon tak kira yang baharu atau lama haruslah berpegang pada adab dan saling menghormati antara satu sama lain.

Walaupun mereka muda, kita yang dah tua ni kena tunjuk contoh yang baik supaya jadi teladan!

SHAHEIZY SAM

PELAKON

"Bagi saya mereka semua ada nilai dan kelebihan sendiri... kena balik semula pada diri dan ingatlah kita ini hanya hamba Allah, jadi perlu ada adab. Tak kisah la kau lama atau baru.

"Hormat antara satu sama lain, orang lama pula jangan ingat dia budak baharu nak tunjuk power. Kita hormat jaga adab sesama kita.

"Kita orang Malaysia dah diajar tentang adab sejak kecil... walaupun mereka muda, kita yang dah tua ni kena tunjuk contoh yang baik supaya jadi teladan," ujarnya.



Sebelum ini beberapa orang pelakon senior antaranya Rusdi Ramli, Datuk Fizz Fairuz dan Sheila Mambo kongsi luahan hati mengenai pelakon baharu.

Sementara itu, suami kepada aktres Syatilla Melvin ini berkata dia tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon baharu selepas ini.

"Saya bukan nak cakap tipu, saya ni nak tengok TV pun tak ada masa, siapa pelakon baharu pun saya tak tahu... mesti ada pelakon baharu ingat saya sombong sebab tak kenal mereka tapi itulah hakikatnya.

"Kalau nak bekerja dengan pelakon baharu saya tak ada masalah sebab pegang pada prinsip, jika pengarah itu bagus semestinya pelakon yang dipilih juga bagus... saya percaya tentang hal itu," katanya.



Sam bersama isteri Syatilla Melvin dan dua anak mereka Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Bercakap mengenai karier seni dan perniagaan yang diusahakan, Sam mengakui dirinya lebih selektif dalam memilih naskhah lakonan kerana fokusnya kini lebih terarah kepada bidang keusahawanan.

"Saya ingin fokus terhadap bisnes ini... malah sejak tahun 2015 lagi saya lebih selektif memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai.

"Awal tahun ini pula saya mula fokus perniagaan coklat ini dan melihat ia berpotensi untuk dibangunkan dengan sebaiknya. Kalau artis lain tertumpu pada produk kecantikan, saya pula memilih bidang makanan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain