SELEPAS berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu, pelakon Nora Danish menyimpan niat untuk melakukan perkara sama sepanjang bulan puasa tahun ini. Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 39, berkata, Ramadan adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah berikutan kelapangan jadual kerja. ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak flat macam wallet kamu...” - Nedim tegur netizen komen lucah pada foto Nora Danish "Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah. "Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing. "Tahun lepas, saya berjaya khatam Al-Quran buat kali pertama dalam seumur hidup dan tahun ini saya berazam dapat ulang lagi benda sama untuk tahun ini," katanya kepada mStar. Nora terlibat dalam mempromosikan kempen amal Sebuah Kehidupan. Nora ditemui pada majlis pelancaran kempen amal Sebuah Kehidupan yang berlangsung di Glasshouse, Ampang baru-baru ini. Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, tahun ini dia berniat memanggil seorang ustazah untuk memantau bacaannya. Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah. NORA DANISH PELAKON "Kalau tahun lalu, saya khatam Al-Quran dengan berpandukan digital pen, kali ini saya akan panggil ustazah untuk pantau bacaan agar apa yang saya baca itu betul dan jelas. "Saya sentiasa doa agar Allah bukakan hati saya untuk habiskan bacaan Al-Quran dan itu yang saya menangis bila dapat capai perkara itu tahun lalu. Nora bersama dua anaknya, Rayqal dan Neqayl. "Suami pun menangis sebab dia tahu saya bersungguh-sungguh (nak khatam Al-Quran) tapi tidaklah sampai saya abaikan keluarga," katanya. Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri Aziz, 38, pada 30 Mac 2017. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun. Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, 13 tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!