suria

Cecah usia 37 tahun, Zizan Razak doa cepat dapat jodoh

Zizan Razak genap berusia 37 tahun pada Khamis.

MENGINJAK usia 37 tahun pada Khamis, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mendoakan agar dirinya cepat dipertemukan jodoh.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak yang berkongsikan ucapan itu di Instagram turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati dirinya dalam setiap perkara yang dilakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak kesal riak wajah dan jodohnya jadi bahan jenaka selepas Kamal Adli lamar Uqasha Senrose - “Apabila sebut bab jodoh saya taklah sebangsat itu”

"Assalamuailakum, ucapan happy birthday buatmu Mohd Razizan Abdul Razak. Semoga terus berjaya dan berjaya.

"Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmatimu selalu dan sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur.

Perkongsian Zizan di Instagram.

"Segala usahamu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan... Amin," katanya.

Ucapan yang ditulis Zizan untuk dirinya sendiri itu turut menarik perhatian ramai rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraanya dan rata-ratanya mengharapkan pelakon filem Polis Evo itu segera dipertemukan jodoh.

Segala usahamu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan.

ZIZAN RAZAK

PELAKON, PELAWAK

"Happy birthday bro. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan cepat kahwin," tulis Fizo Omar.

"Selamat lahir beb! Semoga dipercepatkan jodoh, dikurniakan kesihatan amin," tulis Yana Samsudin.

"Happy birthday Zizan. Semoga berjaya dunia akhirat! Saya cop awal-awal nak jadi pengapitmu," usik Izzue Islam.

Zizan dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Juliana Evans dan Emma Maembong.

Zizan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Juliana Evans, Mira Filzah dan Emma Maembong.

Kesemua selebriti wanita yang dikaitkan dengannya itu kini sudah berkahwin sehinggakan netizen pernah membuat gurauan yang menyebabkan Zizan terasa hati dengan perkara itu baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain