suria

Jijik! Watak perempuan bertudung promosi judi, pengarah Shahrulezad minta netizen henti kongsi video klip

Shahrulezad berharap tidak ada yang berkongsi video iklan raya tersebut di mana-mana platform media sosial.

SELEPAS pelakon Ashraf Muslim melahirkan kekesalannya dengan penerbitan video iklan raya mempromosikan aktiviti perjudian, pengarah dan panerbit Shahrulezad Mohameddin turut meminta mana-mana pihak agar tidak berkongsikan video iklan tersebut di mana-mana platform.

Menurut Shahrulezad, dia juga sedih bila mengetahui yang kesemua pelakon dalam video tersebut merupakan berbangsa Melayu yang sudah tentunya beragama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang ajar! Ashraf Muslim bengang iklan judi Aidilfitri ajak orang buat dosa bulan Ramadan - “Kalau korang ni Islam menjawablah dengan Allah”

"Tidak, saya tidak akan berkongsi klip iklan raya judi online bodoh itu. Ia sangat melampau dengan watak perempuan bertudung tapi menyanyi bersama-sama mempromosikan judi online dengan semangat Ramadan. Sangat menjijikkan.

"Semua talent (pelakon iklan) yang terlibat ialah Melayu yang saya percaya semuanya beragama Islam. Tak tahu la pula kalau mereka semua tu sembah busut ke apa!

Perkongsian Shahrulezad di Instagram.

"Jangan bagi sokongan terhadap benda yang membinasakan diri dan komuniti kita. Tiada maknanya judi itu boleh membawa keberkatan dan kemakmuran dalam hidup," katanya.

Pengarah drama Takdir Yang Tertulis ini juga berharap agar tidak lagi mana-mana pihak bercakap atau memberikan publisiti percuma terhadap video iklan raya judi online berkenaan.

Tiada maknanya judi itu boleh membawa keberkatan dan kemakmuran dalam hidup.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

"Terlalu jijik tengok org Melayu beramai-ramai menyanyikan lagu mempromosikan judi online dalam suasana Ramadan dan Syawal.

"Saya harap sangat yang dah tengok tu jangan share... free publicity. Memang tu yang mereka nak (jika) kita terus berkongsi dan bercakap mengenainya walaupun ia sememangnya teruk dan tidak sensitif," katanya.

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya.

Salah satu babak dalam iklan tersebut.

Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.

Namun, hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain