suria

Ekspresi wajah Fazura tengok Fattah Amin dipeluk depan mata memang ‘win’ - “Kelakar sangat tengok reaksi saya”

Aksi Fazura yang cemburu melihat kemesraan Vee dengan Fattah mencuit hati netizen.

SEJAK Isnin netizen hangat memperkatakan tentang video 'mesra' pelakon Fattah Amin dengan rakan baik isterinya yang dikenali sebagai Vee.

Selain reaksi Fattah, 31, yang dililhat kurang selesa dengan perlakuan individu tersebut, ekspresi wajah Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38, paling menarik perhatian.

Ramai beranggapan Fazura tidak senang dengan kejadian yang berlaku di depan matanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Me and my mini me” - Fazura kongsi foto puteri sulung, ramai puji wajah Fatima ‘mix’ Fattzura

Bagaimanapun Fazura tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik video lama berkenaan.

"Tak sangka nak viral video saya cemburu tu. Sebenarnya tu gurauan sahaja, mereka memang suka bergurau macam tu.

Perkongsian Fazura di akaun TikToknya.

"Vee memang suka kacau saya dan Fattah. Harap tiada salah faham lagi. Video itu pun dah lama sebenarnya, saja nak throwback sebab rasa kelakar sangat tengok reaksi saya.

"Saya minta maaf juga buat anda semua salah faham," katanya.

Video itu memperlihatkan aksi Vee mengusik serta mencubit pipi Fattah yang menjadi tular di Twitter apabila ramai netizen mengatakan mereka terhibur melihat reaksi 'cemburu' Fazura.

Vee memang suka kacau saya dan Fattah. Harap tiada salah faham lagi.

FAZURA

PELAKON

Ini bukan pertama kali Fazura memuat naik video seperti itu namun hanya kali ini ia menjadi viral dalam kalangan netizen.

Pelakon filem Pisau Cukur itu berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu kota.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain