PELAKON Scha Alyahya mengakui sejak kelahiran anak keduanya pada Februari lalu, dia jarang dapat meluangkan masa berkualiti dengan suaminya, Awal Ashaari. Menurut Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, perkara itu disebabkan kesibukannya menjaga anak kedua selain terikat dengan komitmen kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Lara Alana dah jadi kakak! Scha Alyahya dan Awal Ashaari timang anak perempuan kedua - “Welcome to the world Baby L” "Saya selalu cakap dengan Awal yang kami dah kurang masa untuk berborak, kalau dulu ada sahaja masa nak duduk berbual. Scha bersama duta Jakel Raya 2021, Awal Ashaari, Lara Alana, Nabil Ahmad dan Shuk Sahar. FOTO: Low Boon Tat/ The Star "Sekarang memang saya akui masa itu dah kurang sebab bila dah kerja di luar dan apabila pulang ke rumah pula sambung 'kerja' dengan anak-anak. "Penat memanglah penat... tapi saya gembira walaupun perkara itu mencabar tapi ia sangat memuaskan (bergelar ibu kepada dua cahaya mata)," katanya kepada mStar. Scha ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Raya Jakel 2021 yang berlangsung di Jakel Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sementara itu, Scha juga berkata, dia terpaksa menolak tawaran kerja yang memerlukan komitmen dalam jangka masa yang panjang kerana memikirkan tentang anak kecilnya, Lyla Amina yang kini genap berusia dua bulan. Saya selalu cakap dengan Awal yang kami dah kurang masa untuk berborak, kalau dulu ada sahaja masa nak duduk berbual. SCHA ALYAHYA PELAKON "Saya memang dah perlahankan kerjaya seni sejak mengandung lagi, dah sembilan bulan tidak berapa aktif. "Kalau ada tawaran kerja menuntut komitmen masa yang tinggi atau perlukan saya keluar rumah untuk jangka masa panjang memang saya akan fikir dahulu. Scha bersama anak keduanya, Lyla Amina. "Setakat ini, saya buat setakat yang mana mampu sahaja dahulu dan yang tidak memerlukan masa panjang untuk saya berjauhan dengan anak," ujarnya. Scha mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Awal Ashaari, 40, pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 7, dan Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!