PENYANYI dan penyampai radio, Haiza mengakui tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai bila dia ingin menambah cahaya mata memandangkan anak sulungnya kini sudah mencecah usia sembilan tahun. Menurut Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 41, dia menyerahkan perkara itu di atas ketentuan rezeki daripada Allah SWT. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak tunjuk bini baru tu baik!” - Haiza cuba bela, jaga emosi wanita dituduh perampas suami orang "Saya akui memang tidak tertekan jika orang bertanya bila nak tambah anak lagi, kalau ada orang tanya memang saya jawab sahaja tiada rezeki. "Saya tak suka beratkan kepala dengan soalan-soalan macam itu. Suami pun tidak pernah mendesak untuk saya hamil lagi. Suami pun tidak pernah mendesak untuk saya hamil lagi. HAIZA PENYANYI, PENYAMPAI RADIO "Sekurang-kurangnya saya dah ada seorang pun saya dah bersyukur sangat," katanya kepada mStar. Haiza mendirikan rumah tangga dengan Norhanaphe Omar, 41, pada 24 Ogos 2007. Hasil perkahwinan, penyampai radio Kool FM itu dikurniakan seorang anak lelaki, Nur Iman Syafie yang kini berusia sembilan tahun. Keluarga bahagia Haiza. Sementara itu, berkongsi pengalamannya mengajar anak tunggalnya itu berpuasa, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini berkata dia tiada paksaan untuk kanak-kanak itu memulakan puasa. "Sebenarnya nak didik anak zaman sekarang kena guna reverse psychology. Dalam mendidik anak untuk berpuasa, saya tiada paksaan untuk dia. "Cumanya Iman dah terbiasa ikut... lama-lama dia jadi biasa. Bagi saya lebih baik begitu, jangan kita terlalu memaksa. "Kalau terlalu memaksa mungkin mereka akan menipu kata puasa tapi sebaliknya mereka tidak puasa pun hari itu... kita pun tak nak ajar anak jadi penipu," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!