MULA menyedari komitmen terhadap keluarga lebih utama berbanding hal lain, pelakon Shah Iskandar berkata dia terpaksa melupakan hobi dan minatnya terhadap dunia permotoran. Pernah berhabis hampir RM1 juta semata-mata memenuhi hobinya itu, Shah, 39, berkata dia kini semakin matang dalam mengatur kewangan demi masa depan. "Semasa bujang masih belum ada anak, kesedaran itu kurang, memang duit banyak habis untuk motosikal dan kereta sahaja. Tahun lepas baru saya jumpa titik kesedaran, mula matang! ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 4 tahun berakhir, Shah Iskandar timang anak lelaki - "Saya berehat dari laman sosial selama 7 hari untuk beri tumpuan kepada mereka" "Memang banyak habis duit untuk ubahsuai kenderaan, hampir 10 tahun saya melayan hobi itu... kalau buat kira-kira berhabis duit hampir RM1 juta dalam masa 10 tahun. "Sekarang dah tak larat nak ikut hobi tu. Kita pun dah ada keluarga, dah ada anak jadi kena utamakan mereka dahulu," katanya kepada mStar. Shah mula berjimat demi masa depan keluarga. Enggan lagi berhabis duit untuk sesuatu perkara yang sia-sia, Shah berkata dia kini mula memikirkan cara untuk menambah pendapatan termasuklah menceburi bidang perniagaan. Lebih-lebih lagi selepas menyedari dunia lakonan tidak memberi jaminan pendapatan berkekalan. "Bila saya cuci tangan daripada hobi itu, isteri memang suka! Dia suruh saya fikir untuk perniagaan atau apa cara lain untuk tambah pendapatan keluarga. Saya akui untuk kekalkan nama dalam industri seni bukan mudah. SHAH ISKANDAR PELAKON "Saya harus jujur dengan diri sendiri bahawa zaman kegemilangan sudah berubah, jika difikir kembali sejauh mana saya mampu pergi dalam bidang lakonan. "Saya akui untuk kekalkan nama dalam industri seni bukan mudah. Banyak liku dan cabaran yang perlu ditempuhi setiap pelakon untuk kekal relevan. Bagaimanapun saya bersyukur masih menerima tawaran yang bersesuaian dengan umur," ujarnya. Dalam perkembangan lain, pelakon drama Ryan Aralyn ini sedang menguruskan ruang acara Stesen Seni by Kafe Sarawak Johor yang terletak di Damansara Perdana, Selangor. Shah mendapat sokongan isteri untuk terbabit dalam bidang perniagaan. Shah berkata tujuan penubuhan ruang acara itu adalah sebagai platform untuk penggiat seni berkarya. "Pembinaan Stesen Seni ini kerjasama dengan rakan kongsi, Datuk Sulaiman Dahlan dan kami berjaya siapkan dengan menggunakan tenaga komuniti ini sendiri dilengkapi ruang acara, ruang penggambaran, bilik rakaman muzik dan studio latihan muzik. "Seiring dengan hasrat untuk berkomuniti, kami amat mengalu-alukan pembabitan penggiat seni, baik daripada golongan yang dikenali ramai mahupun mereka yang ingin mula berkecimpung dalam bidang seni. Shah (duduk, kiri sekali) bersama rakan kongsi dan selebriti yang terlibat di Stesen Seni. "Mereka akan diberikan latihan asas muzik dengan bantuan seorang ahli komuniti Stesen Seni iaitu Mohd Hilmie. Kami juga berkolaborasi dengan pihak 'Canorous' yang juga sebuah komuniti yang ahli-ahlinya adalah penyanyi yang bergiat aktif dalam aplikasi Smule," katanya. Shah Iskandar berkahwin dengan Siti Sarah Mohd Noor di The Ballroom At East Coast, Singapura pada Januari 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Zulkarnaen pada Oktober tahun lalu Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!