suria

Dugaan bulan Ramadan, pejabat dan kiosk Putra Amaris dipecah masuk

Amaris bersama salah seorang penghuni di Pusat Jagaan Titian OKU Nur.

PELBAGAI dugaan yang dihadapi pelakon Putra Amaris ketika ingin membuat kerja amal dalam bulan mulia menerusi program Infaq Ramadan.

Bukan sahaja berdepan masalah pekerja berhenti, malah pejabat kiosk jualan Amaris My Tart miliknya juga dipecah masuk pencuri sehingga menganggu operasi jualanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya order emas bukan benda bodoh ni!” - Putra Amaris diserang, dituduh tipu orang ramai

Biarpun diuji dengan pelbagai masalah, namun Amaris atau nama sebenarnya Amran Ismail tetap menganggap setiap cabaran itu adalah ujian yang akan digantikan dengan sebuah kemanisan oleh Allah SWT.



Putra Amaris bersama penghuni Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Rawang.

"Bukan sahaja pekerja berhenti dua hari sebelum program Infaq Ramadan bermula tapi pejabat dan kiosk Amaris My Tart pun dipecah masuk baru-baru ini.

"Malah operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.. Itulah, nak buat perkara baik memang akan ada saja ujian. Tapi saya anggap, ujian yang datang ini pada saya Allah nak beri lebih baik selepas ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya yakin ini semua ujian Allah. Disebabkan itu, dalam melaksanakan program ini, saya yakin Allah bantu. Insya-Allah, perkara baik Allah mudahkan urusan," katanya kepada mStar.

Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.

PUTRA AMARIS

PELAKON

Program tersebut menyasarkan 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari dijalankan dalam bulan Ramadan bermula pada 10 hingga 20 April lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Andainya Takdir 2 ini memberitahu bantuan tersebut juga diberikan kepada rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan.

"Kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah.



Amaris turut menyuapkan makanan kepada penghuni di pusat jagaan tersebut.

"Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang. Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian.

"Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi. Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan.

"Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain