suria

Kamal Adli dituduh poyo pakai sweater tengah-tengah panas! Uqasha Senrose tampil ‘back up’ fesyen bakal suami

Uqasha jawab komen seorang netizen di laman Instagram miliknya.

GARA-GARA memakai sweater atau baju sejuk ketika cuaca panas terik, pelakon Kamal Adli menerima komen negatif dan dituduh poyo oleh seorang pengikut di laman Instagram.

Tampil mempertahankan penampilan teman lelakinya itu, aktres Uqasha Senrose membidas semula komen yang ditulis individu berkenaan.

"Kalau dia poyo pun kenapa kau yang sakit hati? Siapa suruh tengok? Kasihan orang macam ni (emoji ketawa).

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi... satu majlis khas untuk peminat

"Hasad dengki, kasihan awak!" balasnya.

Sebelum itu, Uqasha memuat naik dua keping foto dia bersama Kamal Adli di laman Instagram.

Uqasha jawab komen seorang netizen.

Namun, penampilan Kamal mengenakan sweater dan snow cap mengundang rasa kurang senang seorang pengikut.

Individu berkenaan menegur fesyen yang digayakan Kamal yang dilihat tidak sesuai dipakai ketika cuaca panas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Macam gam** dressing (persalinan) mamat tu... kau ingat Malaysia ni sejuk ke? Poyo poyo.

"Acah-acah Kpop mamat ni tak sedar diri hidung kembang macam Jawa," tulis netizen tersebut.

Sementara itu, rata-rata pengikut menyokong komen balas Uqasha itu dan meminta netizen berkenaan mengabaikan perkongsian pasangan pelakon ini.

Pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Kalau tak suka tak payah komen. Scroll je laju-laju. Mulut kau! Orang kurang kasih sayang memang macam ni tak boleh tengok orang bahagia.

"Biarlah dia pakai apa pun, janji dia handsome. Tak ada benda baik nak komen, lebih baik diam je, senangkan?" tulis peminat.

Menerusi laporan mStar pada 4 April lalu, pasangan ini mengesahkan bakal diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.

Bagaimanapun mereka tidak mendedahkan tarikh pernikahan sehingga benar-benar muktamad.

Pasangan ini mula berkenalan rapat pada tahun 2019 selepas digandingkan bersama dalam drama Selepas Terlafaznya Akad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain