suria

Tahniah, Tasha Shilla kini bergelar ibu, selamat bersalin anak lelaki

Tasha Shilla teruja di atas kelahiran cahaya mata sulung.

HARI ke-12 Ramadan membawa khabar gembira apabila pelakon Tasha Shilla selamat bersalin cahaya mata pertamanya.

Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak, 34, melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan semakin sopan, Tasha Shilla mahu berubah jadi lebih baik - “Suami tak pernah letak syarat dalam berpakaian”

"Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadan ke-12,1442 AH/hari Sabtu April 24,2021.

"Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa," katanya.

Perkongsian Tasha di Instagramnya.

Tasha juga menzahirkan ucapan istimewanya buat suami, Atiq Idris yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

"Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadan ke-12.

TASHA SHILLA

PELAKON

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya juga sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabt dan pihak hospital," ujarnya.

Pelakon filem Bravo 5 ini bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi nama serta wajah anak sulungnya untuk tatapan umum.

Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain