suria

Aishah Azman dakwa penerbit drama ambil ringan, paksa pelakon kontak rapat pesakit Covid-19 masuk set penggambaran

Aishah Azman bersyukur ujian calitannya menunjukkan keputusan negatif Covid-19.

PELAKON Aishah Azman melahirkan kekecewaannya terhadap sikap tidak bertanggungjawab penerbit drama Rindu Yang Hilang yang didakwa mengambil ringan tentang jangkitan virus Covid-19.

Menerusi Instagram Story, Aishah atau nama sebenarnya, Nor Aishah Afika Azman, 25, mendakwa penerbit tersebut telah memaksa seorang pelakon yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 untuk hadir menjalani penggambaran drama itu baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu demam tak kebah rupa-rupanya Farisha Irwayu, Laila Nasir positif Covid-19

"Saya sebagai salah seorang pelakon untuk team Rindu Yang Hilang sangat kecewa dengan tanggungjawab penerbit drama ini.

"Dia boleh memaksa seorang pelakon yang memang dah ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 untuk hadir menjalankan penggambaran tanpa fikirkan pihak pelakon dan team (kru produksi) yang lain.

Perkongsian Aishah di Instagram Story.

"(Ini semua) atas sebab tak nak bayar lebih untuk tambahan hari. Dia juga biarkan para pelakon untuk bekerja sehingga 24 jam atas sebab tak nak mengeluarkan bajet yang lebih," katanya.

Susulan rakan pelakonnya mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19, Aishah dan beberapa rakan pelakon lain telah melakukan sendiri ujian calitan (swab test).

Dia boleh memaksa seorang pelakon yang memang dah ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 untuk hadir menjalankan penggambaran tanpa fikirkan pihak pelakon dan team (kru produksi) yang lain.

AISHAH AZMAN

PELAKON

Bagaimanapun, Aishah meluahkan kesyukuran di atas keputusan negatif yang diterimanya selepas membuat ujian tersebut di sebuah klinik swasta pada Sabtu.

"Alhamdulillah, saya negatif. Terima kasih semua yang mendoakan baik-baik untuk saya dan keluarga serta team Rindu Yang Hilang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Moga Allah membalas kepada pihak tidak bertanggungjawab dengan setimpal.

Aishah melakukan ujian calitan.

"Pertama kali saya bekerjasama dengan seorang penerbit yang pentingkan diri begini dan selepas dapat tahu pelakon tersebut positif Covid-19, dia langsung tidak (mahu) bertanggungjawab untuk membayar semua kos swab test pada semua team Rindu Yang Hilang," ujarnya.

Difahamkan drama Rindu Yang Hilang merupakan terbitan syarikat produksi Bright Network.

Sebelum ini, tiga pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina, Laila Nasir dan Farisha Irwayu juga telah disahkan positif Covid-19 ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri itu baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain