SEMPENA sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini, stesen radio Suria FM tampil dengan pelbagai program dan pengisian menarik untuk pendengar setia mereka. Meskipun negara sedang giat mengekang penularan Covid-19, Suria tetap meneruskan usaha menyebarkan nilai positif dalam kalangan masyarakat. Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali DJ Lin, tahun ini stesen berkenaan mengekalkan tema yang sama iaitu Sebarkan Kebaikan, Kongsi Kegembiraan - Suria Bersama Anda. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jadi penyampai Suria FM? Ini masanya anda tonjolkan bakat terpendam! "Disebabkan kita masih terkesan dengan Covid-19 tahun ini, Suria mengekalkan tema yang sama seperti kempen Ramadan Raya kami tahun lalu sebagai tanda keprihatinan kami terhadap pendengar setia Suria. "Selain itu kita juga mahu memberi semangat kepada orang ramai supaya terus maju ke hadapan berkongsi nilai positif sesama kita," katanya. DJ Lin mahu sebarkan semangat positif dalam kalangan pendengar Suria. Tambah DJ Lin lagi, kali ini Suria bukan sahaja menyajikan pengisian menarik dan menghiburkan malah turut menganjurkan beberapa peraduan yang membolehkan pendengar Suria memenangi sejumlah wang tunai. Antara pengisian sempena Ramadan dan Raya di Suria adalah lagu raya serta video muzik (MV) Kembali Raya, drama pendek Raya Warung Konah, peraduan Katering Raya Suria, Sirah Anbiya, peraduan Biskut Suria dan CSR Kaunter YBae Pah bersama Malaysian Relief Agency. Rangkuman program berkenaan boleh didengarkan di frekuensi Suria FM atau juga boleh disaksikan di platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran Youtube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] - Lagu dan Muzik Video Raya Kembali Raya Selepas lagu raya Segalanya Lebih Bermakna, Suria kembali tampil dengan lagu dan MV terbaru berjudul Kembali Raya yang berkisarkan tentang kemeriahan hari raya dan nikmat berkongsi kegembiraan. Lagu nyanyian penyampai-penyampai Suria itu boleh ditonton dan didengari di kesemua platform Suria FM. - Drama Pendek Raya Suria - Warung Konah (30 April 2021,9 malam) Warung Konah merupakan iklan pendek terbitan Suria yang menceritakan tentang kejadian pelik di sebuah kampung dimana penduduk diganggu Bidin, seorang lelaki misteri di kampung itu. Kisah ini bermula apabila kelibat Bidin dikatakan sering muncul secara tiba-tiba dan menghantui penduduk kampung. Maka bermulalah persidangan di Warung Konah. Gelagat penyampai Suria FM dalam Warung Konah. Seorang demi seorang menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan kelibat yang menyerupai Bidin. - Katering Raya Suria Kongsi memori raya anda bersama ibu tercinta dan menangi pakej katering raya bernilai RM650 dan wang tunai RM500. Muat naik video memori anda beraya bersama Ibu tercinta ke akaun Instagram atau Facebook sebelum 30 April ini berserta tanda pagar #KateringRayaSuria #SuriaRaikanIbu dan tag @suriamalaysia. - Sirah Anbiya Menyelusuri perjalanan para anbiya serta hayati dan pelajari pengajaran kisah sepanjang zaman 25 para Nabi dan Rasul bersama PU Azman dalam Sirah Anbiya bersama Suria FM dan Makmur Gold. - Biskut Suria Cipta resipi biskut anda sendiri dan rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai RM4500. Rakamkan video anda membuat Biskut Suria berdurasi tidak melebihi tiga minit dan muat naik video tersebut di akaun media sosial Instagram atau TikTok anda dengan hashtag #BiskutSuria #SuriaMalaysia #KongsiKegembiraan sebelum 30 April ini. Suria tampil dengan lagu dan MV raya berjudul Kembali Raya. Menerusi video tersebut juga, ceritakan ciri-ciri istimewa Biskut Suria anda dengan gaya yang paling menarik, kreatif dan unik. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada biskut tersebut adalah ia mesti berwarna jingga dan berinspirasikan unsur Suria. Lima video yang menarik dan memenuhi kriteria akan dipilih sebagai pemenang dan berpeluang membawa pulang hadiah utama wang tunai RM1000. - Kaunter YBae Pah bersama Malaysia Relief Agency (MRA) Cahaya harapan kepada mereka yang memerlukan. Kaunter YBae Pah adalah satu initiatif tanggungjawab sosial korporat Suria untuk membantu golongan asnaf dan yang memerlukan sempena Ramadan ini. YBae Pah akan turun padang membantu mereka yang memerlukan pada 25 April dan 1 Mei ini sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial korporat bersama Malaysian Relief Agency ini boleh ditonton menerusi Facebook Suria FM. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!