suria

Drama 'Nur' tak dapat sambutan di Indonesia, Azhan Rani terima hakikat... Sekurang-kurangnya elak rasa riyak dengan pujian

Azhan berlakon disamping Noor Khiriah dalam drama Nur & Nur 2.

JIKA sebelum ini drama siri popular Nur mendapat pujian daripada penonton Malaysia, namun berbeza pula sambutan yang diterima apabila naskhah tersebut ditayangkan di negara jiran, Indonesia.

Biarpun ditarik semula siarannya selepas tayangan episod pertama, namun sebagai salah seorang pelakon utama, Azhan Rani tetap mengambil perkara itu secara positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tayang 1 episod sahaja di Indonesia, Shahrulezad akui ‘Nur’ dibuat ikut selera penonton Malaysia - “Acik-acik bawang sana suka sinetron zoom in zoom out”

Bagi Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, dia menerima hakikat itu dengan baik kerana mahu mengelak daripada dirinya sentiasa berasa puas hati atau riyak dalam setiap pujian yang diterima.



Azhan kongsi perkara itu di Instagram.

"Disebalik puji-pujian, apa salahnya kita beri perhatian pada hal-hal yang menjadi kenyataan. Jujurnya sebagai salah seorang yang terlibat dalam naskah ini, aku positif dengan hakikat ini.

"Sekurang-kurangnya dapat mengekang rasa puas hati dalam diri... riyak walaupun sesaat itulah perkara yang paling aku takuti disebalik pujian. Insya-Allah kita bikin lagi baik dalam naskah lain nanti," kata Azhan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat mendedahkan drama tersebut telah ditarik balik siarannya oleh stesen penyiar Indonesia selepas tayangan episod pertama tidak mendapat sambutan.

Yang terbaik kita berbalik pada nawaitu dan amanah kita dalam karya ini.

AZHAN RANI

PELAKON

Menjelaskan perkara itu menerusi laman Instagramnya, Shahrulezad berkata dia tidak berkecil hati, sebaliknya faham dengan citarasa penonton negara itu.

Dalam pada itu, Azhan yang memegang watak sebagai Ustaz Hamadi yang merupakan pengetua sekolah Darul Mohsin dalam drama tersebut turut bersetuju dengan pendapat Shahrulezad.

Bagaimanapun, pelakon berusia 45 tahun ini memberitahu apa yang terjadi itu perlu diambil sebagai pembakar semangat untuk mempertingkatkan lagi usaha dan melakukan yang terbaik dalam setiap karya.



Drama arahan Shahrulezad (kiri) itu dibintangi pelakon utama, Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

"Macam @budakijat cakap karya #Nur dan #Nur2 memang dibikin untuk hidangan penonton Malaysia. Dah tentu selera penonton kita berbeza dengan negara sana.

"Tapi tak bermakna kita perlu rasa down dan tak mahu untuk tingkatkan usaha. Insya-Allah kita mampu. Apa-apa pun sebaik-baik puji bukanlah untuk kita tapi buat Allah yang Maha Esa.

"Yang terbaik kita berbalik pada nawaitu dan amanah kita dalam karya ini. Sekian kuliah Ramadan dibawakan khas secara langsung dari pejabat bekas pengetua #DarulMohsin," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain