suria

Mstar tak fitnah... Kan betul Ayda Jebat hamil!

Nabil dan Ayda kongsi berita gembira itu di Instagram.

KETIKA netizen menuduh mStar melaporkan cerita palsu dan melemparkan kata-kata kesat termasuk mahu memboikot portal ini selepas kami menyiarkan laporan atas kehamilan Ayda Jebat, ternyata laporan itu bukannya fitnah apabila si empunya badan akhirnya mengesahkan sudah berbadan dua.

Ayda, 29, dan suaminya yang juga pengacara Nabil Mahir mengesahkan berita kehamilan itu semasa majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam, Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah... Ayda Jebat dah hamil, mari kita doakan

Usia kandungannya kini ialah empat bulan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Langkah pasangan itu membuka mulut berkongsi khabar gembira itu sekali gus mengesahkan laporan mStar pada 24 Februari lalu mengenai kehamilan berkenaan selepas Ayda dipercayai menemui pakar perbidanan dan sakit puan, Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.

Doakan yang indah-indah buat kami.

AYDA JEBAT

PENYANYI & PELAKON

Meskipun Nabil bertindak menghentam mStar dengan memuat naik status berbaur tuduhan dan hinaan di Instagram miliknya termasuklah melahirkan rasa tidak puas hati dalam sebuah rancangan hiburan terbitan Astro, apa yang penting ialah laporan kami itu adalah benar.

Malah, laporan pada 24 Februari lalu itu juga berhasrat mengajak orang ramai agar mendoakan kesejahteraan pasangan itu termasuk anak yang dikandung oleh Ayda, satu laporan yang sedikit pun tidak berniat jahat walaupun panggilan telefon dan mesej yang dibuat untuk mendapatkan pengesahan berita itu tidak dilayan.

Namun begitu dengan perkhabaran gembira yang keluar sendiri daripada mulut Ayda ini, sama-samalah kita mengambil keberkatan dan kemuliaan Ramadan untuk mendoakan agar kandungannya membesar dengan sihat dan pasangan itu gembira untuk menyambut kelahiran bayi tersayang nanti.

Dalam pada itu pemilik nama Nur Suhada Jebat ini menerusi laman Instagram miliknya berharap proses kehamilannya berjalan lancar.



Ayda turut berkongsi video dia memberi kejutan kepada suaminya.

"Assalammulaikum, bismillah. Insya-Allah our junior is coming. Doakan yang indah-indah buat kami," tulis Ayda menerusi laman sosialnya itu.

Penyanyi lagu Parah Parah itu dijangkakan bakal melahirkan bayi sulungnya pada Oktober depan.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Buat Ayda dan Nabil, tahniah mStar ucapakan dan selamat menempuh cabaran baharu sebagai ibu dan bapa tidak tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain