suria

[VIDEO] Tujuh bulan buat badan, Ismail Izzani paksa diri makan seekor ayam setiap hari

SELEPAS tujuh bulan mengikuti rutin senaman dan diet yang ketat, akhirnya impian penyanyi Ismail Izzani memiliki tubuh badan idaman tercapai.

Mengakui bukan mudah mendapatkan badan sasa itu, Ismail, 21, berkata dia menerima tunjuk ajar daripada jurulatih kesihatan dan perlu mengikuti senaman di gimnasium secara konsisten.

"Sebenarnya saya mula main gim pada tahun 2017, tapi masa tu on off sebab jadual terlalu padat, tapi baru-baru ini saya minta pengurus kosongkan waktu selama beberapa bulan untuk saya mengikuti senaman di gim.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu cinta jadi penghalang, Ismail Izzani sedia ‘lepaskan’ kekasih belajar luar negara

"Dalam masa tujuh bulan saya pergi gim lima kali seminggu, saya juga makan ayam seekor sehari untuk lunch, semua rutin ini dikawal oleh jurulatih yang menjaga pemakanan saya.

"Sejujurnya senaman di gim tak susah, nak makan banyak tu yang susah, pertama kali makan sebanyak itu memang saya muntah sebab tak tahan... tapi selepas seminggu perut dah boleh terima," katanya kepada mStar.

Ismail jalani rutin senaman di gimnasium bagi mendapatkan tubuh idaman.

Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini ditemui semasa pelancaran lagu Irama Aidilfitri dan video muzik Habib yang diadakan di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ismail merupakan salah seorang penyanyi dalam lagu raya berjudul Irama Aidilfitri bergandingan bersama Awi Rafael, Ning Baizura, Tiz Zaqyah, Julia Farhana dan Bunga Isme.

Saya pun tak nak badan besar sangat kerana saya perlu menyanyi dan menari, kalau terlalu besar tak sesuai, jadi saya hanya nak nampak fit sahaja!

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

Dalam pada itu, Ismail berpuas hati dengan berat badan yang dicapai dan mengakui lebih berkeyakinan apabila berada dihadapan orang ramai.

"Alhamdulillah sebelum ini berat badan saya 52 kilogram tapi sekarang dah naik 68 kilogram... saya letak sasaran 70 kilogram! Cuma bulan puasa ni susah sikit la sebab kita kawal waktu makan.

Ismail lebih berkeyakinan selepas memiliki berat badan idaman.

"Saya pun tak nak badan besar sangat kerana saya perlu menyanyi dan menari, kalau terlalu besar tak sesuai, jadi saya hanya nak nampak fit sahaja," ujarnya.

Sering berkongsi foto dan video ketika menjalani latihan di gimnasium, Ismail menjelaskan niatnya hanya ingin memberi motivasi kepada pengikut untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

"Perkongsian saya itu sebagai motivasi untuk semua orang. Saya sendiri sebelum ini sangat-sangat kurus, bila pakai tshirt saya rasa tak berkeyakinan... sebab itu saya pergi gim untuk tambah berat badan dan nampak lebih fit. Ia sangat membantu membina keyakinan diri.

"Saya juga mahu beritahu orang ramai yang mereka masih belum terlambat untuk mulakan aktiviti sihat ini sebab pak cik saya sendiri yang berumur 40 tahun pun dah mula buat badan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain