TULAR sebuah video memperlihatkan pelakon Fauziah Nawi enggan meneruskan penggambaran disebabkan salah faham dengan menantu penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin di laman Twitter sejak Rabu lalu. Enggan membiarkan isu tersebut menjadi semakin besar, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara dia dan aktres berusia 67 tahun itu. ARTIKEL BERKAITAN: Tya Ariffin masuk kelas vokal sebelum rakam single 'Bagaikan Mutiara' Menurut Tya, salah faham itu timbul selepas Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai ibu memikirkan tawaran yang diterimanya itu merupakan projek dari pelajar Universiti. Tya tampil menjelaskan situasi sebenar. "Sejak akhir-akhir ini Tya ada terima beberapa DM dan komen yang tak sesuai. Sebelum itu, Tya nak minta maaf atas apa yang berlaku. Tya patut jelaskan juga, supaya tak jadi salah faham yang besar dan disalah erti. "Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu. Tya nak jelaskan persoalan ini sebab kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak saja. "Staff Tya, menghubungi pihak ibu untuk memberi tawaran berlakon. Pihak ibu menerima tawaran dan bersetuju dengan harga yang team tawarkan pada awalnya. Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu. TYA ARIFFIN PELAKON "Tapi bila sampai di lokasi shooting, Tya diberitahu staff, ibu ingatkan drama pendek itu merupakan projek dari pelajar Universiti," ujarnya. Sebelum ini, tular rakaman video memperlihatkan Fauziah yang sedang berbicara dengan Tya mengatakan dia enggan melakonkan babaknya di set penggambaran sebuah rumah kampung di laman Twitter. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bagaimanapun, Tya yang berpakaian sekolah kemudiannya dilihat cuba memujuk dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Fauziah. Dalam pada itu, Tya memberitahu kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk meneruskan penggambaran dengan nilai bayaran yang dipersetujui mereka selepas perbincangan bersama. Tya seronok dapat berlakon dengan Fauziah. "Namun lepas diberitahu mengenai shooting untuk kempen Mutyara, dan tahu tentang Tya, ibu mula persoalkan isu bayaran. Dan pendekkan cerita, diakhir perbincangan, pihak Tya dan team bersetuju dengan bayaran baru yang diminta. "Supaya kami boleh meneruskan shooting pada hari tersebut. Sebab jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula. Tya sangat berbesar hati dapat berlakon dengan pelakon senior yang sangat baik, dan boleh beri kerjasama baik dengan Tya. "Akhirnya, Alhamdulillah walaupun ada salah faham waktu itu, kita berjaya juga menyelesaikan shooting pada hari itu juga," tambahnya. Sementara itu, Tya yang juga isteri kepada Asyraf Khalid itu juga memohon maaf dan berharap isu terbabit menjadi pengajaran kepada semua pihak. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!