SETAHUN membuat reviu produk secara percuma di laman sosialnya, Datuk Hattan bekata, dia kini berhenti melakukan perkara itu. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, berkata, dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaanya sendiri iaitu aplikasi Biso Bonar. ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke saya tegur?” - Hattan tak mahu cakap belakang, terus bersuara jika selebriti buat silap "Untuk tahun ini, saya memang tak ambil sebarang reviu produk walaupun ada banyak juga yang hantar di rumah. Bukan apa... saya nak fokus pada perniagaan sendiri pula. Hattan bersama isterinya, Datin Arianie. "Tetapi saya tidak menolak sekiranya ada perniaga yang nak bekerjasama dengan saya. Bukan dari segi membuat ulasan produk tapi kerjasama dalam perniagaan tersebut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Mereka tidak perlu bayar saya, cuma membenarkan saya lakukan promosi untuk projek tersebut dan jika ada keuntungan, kita kongsi bersama. Ia adalah win-win situation," ujarnya. Penyanyi lagu Mahligai Syahdu itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran dan memperkenalkan dirinya sebagai duta produk minuman Stobu di Petaling Jaya baru-baru ini. Ada saja lupa yang sebelum ini saya bantu dan bila perniagaan mereka berjaya, mereka lupa saya. HATTAN PENYANYI Sebelum ini, Hattan mendedahkan dia pernah menerima tawaran untuk membuat ulasan atau reviu produk di laman sosialnya tanpa bayaran sepanjang tahun lalu demi membantu usahawan kecil dan peniaga tempatan. Malah penyanyi yang gemar berbicara dengan menggunakan loghat 'nogori' itu turut membuka tawaran tersebut kepada pengusaha IKS (industri kecil dan sederhana). Dalam pada itu, Hattan memberitahu biarpun ada peniaga yang lupa dengan jasanya namun dia tetap berasa gembira melihat kejayaan usahawan seperti penyanyi Hazama yang pernah dibantunya. Hattan mahu fokus perniagaan sendiri pada tahun ini. Masih meneruskan usaha murninya, Hattan juga mencipta satu aplikasi iaitu Biso Bonar yang menyediakan platfrom untuk para peniaga menjual produk mereka. "Sebelum ini, saya ada membantu beberapa artis juga seperti Hazama dan Alhamdulillah, dia pun sudah berjaya dalam perniagaan makanan dia. Ada saja lupa yang sebelum ini saya bantu dan bila perniagaan mereka berjaya, mereka lupa saya. "Tapi saya memang tak pernah berharap apa-apa. Kalau mereka berjaya dan lupa kita... tak apa la. Saya dah dapat bantu pun sudah cukup. Sekarang ini, saya fokus perniagaan saya sahaja yang merupakan aplikasi mempromosikan produk. "Aplikasi ini merupakan satu plafrom untuk peniaga menjual produk makanan atau minuman. Sekaligus membuka ruang untuk orang lain menjadi agen dan stokis," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!