suria

[VIDEO] Suami jatuh hati dengan Sheera Iskandar selepas tonton ‘Halimah Jongang’, tak sangka bertemu jodoh dengan artis kegemaran

SUAMI pelakon Sheera Iskandar, Mohd Halim Abdul Gani berkata dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan selebriti yang diminatinya secara diam-diam sejak dahulu lagi.

Menyingkap awal perkenalan mereka, Halim, 34, yang merupakan seorang anggota polis mengakui memulakan langkah pertama dengan menghantar direct message (DM) di Instagram kepada Sheera sebaik pertama kali bertentang mata di balai polis tempatnya bertugas di Labuan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gerak Khas’ satukan Sheera Iskandar dengan abang polis... dapat sambut raya sebagai suami isteri

"Saya sebenarnya dah lama simpan sendiri sahaja perasaan ini dan tidak sangka jodoh saya dengan artis.

"Saya terpikat dengan kelembutan tutur bahasa Sheera ketika menonton drama Halimah Jongang... dari situ saya tersentuh hati dengan lakonan dia.

"Bila dia shooting di balai tempat saya bertugas, saya beranikan diri tegur dia dahulu dengan menghantar DM di Instagram dan Alhamdulillah, kini kami dah selamat bergelar suami isteri," katanya kepada mStar.

Aznah Hamid mendoakan kebahagiaan Sheera dan suaminya, Halim.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada kira-kira pukul 6 petang Isnin dalam majlis serba sederhana yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, berkata pada mulanya dia hanya melayan mesej yang dihantar suami di atas kapasiti sebagai seorang peminatnya.

Namun, lama-kelamaan hatinya tertaut dengan karakter Halim yang senang bersembang dengan dirinya.

"Masa itu saya sednag menjalani penggambaran Gerak Khas di balai polis dia bertugas, bila pertama kali nampak dia tiada terus berputik (rasa cinta).

Saya sebenarnya dah lama simpan sendiri sahaja perasaan ini dan tidak sangka jodoh saya dengan artis.

MOHD HALIM ABDUL GANI

SUAMI SHEERA ISKANDAR

"Cuma dia ada datang beritahu saya yang dia ada DM saya di Instagram, saya pun layan macam peminat sahaja.

"Bila dah balik dari Labuan, kami mula DM dan dari situ saya jadi senang nak bersembang dengan dia. Tanpa disedari kami memiliki karakter yang sama, kami sama-sama tegas dan kelakar orangnya," katanya.

Memahami kerjaya isterinya sebagai seorang pelakon, Halim berkata dia tidak akan menghalang minat Sheera untuk terus terlibat dalam dunia seni.

Sementara itu, Halim juga kini sudah ditukarkan ke Balai Polis Kajang selepas 11 tahun berkhidmat di Labuan.

"Saya tiada halangan untuk Sheera terus aktif berlakon lagipun saya kenal dia seorang pelakon," ujarnya.

Pelakon Gerak Khas, Salina Saibi, Farid Amirul dan Deen Maidin turut sama memeriahkan majlis pernikahan Sheera.

Mengenai perancangan cahaya mata, pasangan ini menginginkan tiga orang anak bagi menambahkan seri dalam rumah tangga yang dibina.

Sheera juga berkata dia mungkin akan mengadakan sebuah majlis resepsi bergantung kepada keadaan semasa negara yang kini sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.

"Untuk majlis pernikahan ini pun memang saya hadkan jumlah tetamu, tak dapat jemput semua sebab kami betul-betul jaga SOP (prosedur operasi standard).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bila keadaan dah kembali reda dan boleh rentas negeri, kami akan adakan majlis resepsi... kesian suami ahli keluarga dia (keluarga Halim menetap di Melaka) tiada di majlis ini. Yang dapat datang pun bapa saudara dia yang menetap di KL jadi wakil bagi keluarga dia," katanya yang turut mengadakan sesi video live bersama ahli keluarga yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.

Dalam majlis bertemakan serba putih itu, Sheera hanya mengundang seramai 70 tetamu bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain