suria

Ulang tahun PU Riz... Neelofa titip ucapan istimewa, mohon doa kasih sayang diberkati Allah

Neelofa menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta di hari ulang tahun kelahiran PU Riz.

PENGACARA dan usahawan popular, Neelofa menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-26 suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang disambut pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberkati kehidupan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Neelofa, PU Riz sah jadi suami isteri, disatukan dalam majlis serba putih

"Kepada lelaki mengagumkan yang sangat saya cintai, selamat hari ulang tahun kelahiran.

"Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kamu dan agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan terhadapNya.



Ucapan yang dikongsikan Neelofa di Instagram.

"Semoga Allah merahmati kasih sayang kita berdua seperti mana Dia memberkati cinta Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah, amin," katanya.

PU Riz kemudian membalas ucapan manis yang dikirimkan oleh isterinya itu.

Kepada lelaki mengagumkan yang sangat saya cintai, selamat hari ulang tahun kelahiran.

NEELOFA

PENGACARA, USAHAWAN

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Terima kasih isteri atas doa yang baik," katanya.

Neelofa dan PU Riz diijabkabulkan pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dalam sebuah majlis yang bertemakan serba putih.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain