suria

Rentas negeri beli karpet di Nilai 3, Neelofa dan PU Riz dipanggil polis

Tular video Neelofa beli karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan.

SUSULAN dakwaan langgar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan, pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz akan dipanggil polis bagi diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan berkaitan foto dan video pasangan selebriti yang didakwa berada di sebuah premis perniagaan Nilai 3 pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak Neelofa rentas negeri ‘shopping’ di Nilai 3 - “Buka kedai karpet pula ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ya Allah ramainya bersangka tidak baik” - Neelofa terkejut dituduh sindir penjual burger dikompaun RM50,000

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan.

"Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kawalan Pergerakan Bersyarat (No4) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, bekas pengacara MeleTop itu sekali lagi menimbulkan kemarahan netizen apabila merentas negeri pada ketika seluruh Selangor dan Kuala Lumpur masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Neelofa dan Riz berkahwin pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Neelofa memuat naik video di laman sosial Instagramnya menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3.

Bagaimanapun, dia memadam video berkenaan beberapa minit kemudian sebelum ia tular di media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada 27 April lalu, pasangan itu dan keluarganya dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Neelofa dikompaun atas dua kesalahan iaitu gagal mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Neelofa dan Riz berkahwin pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain