suria

“Kepada yang mampu, buatlah apa saja... mohon jangan post!” - Nora Ariffin tegur pihak tak jaga sensitiviti masyarakat

Nora harap semua orang menjaga sensitiviti rakyat yang dalam kesusahan disebabkan pandemik Covid-19.

ISU selebriti dan Instafamous berkongsi aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman sosial masih hangat diperkatakan netizen.

Biarpun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, penyanyi Datuk Nora Ariffin memberi peringatan secara terbuka kepada diri sendiri dan orang ramai agar sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa langgar SOP, polis siasat majlis iftar dihadiri selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri beli karpet di Nilai 3, Neelofa dan PU Riz dipanggil polis

Nora, 48, berkata semua pihak berkemampuan sepatutnya menyimpan sendiri aktiviti yang dilakukan tanpa berkongsi di media sosial memandangkan ramai rakyat dalam kesusahan dan terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ramai rakyat susah dan terkesan dengan pandemik ini.

NORA ARIFFIN

PENYANYI

"Untuk peringatan sendiri! Tolong jaga sensitiviti masyarakat. Ramai rakyat susah dan terkesan dengan pandemik ini. Kepada yang mampu, buatlah apa saja sekalipun... mohon jangan post!

"Cukup sekadar untuk diri sendiri sahaja. Tepuk dada tanya niat kita. Wallahuallam," kata Nora.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin ini menyuarakan pendapatnya mengenai perkara tersebut menerusi laman Instastory Instagram miliknya pada Khamis.

Bagaimanapun, status tersebut kemudian dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Nora membuat teguran terbuka di laman sosial miliknya.

Sebelum ini, selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Haris Ismail pernah dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selepas isu tersebut selesai, nama Neelofa dan suaminya yang juga seorang pendakwah bebas menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas perkongsiannya berada di sebuah kedai karpet di Nilai menjadi tular.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan terhadap gambar dan video pasangan itu yang dipercayai berada di sebuah premis perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan, pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, netizen turut mempertikaikan majlis tahnik anak kedua penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dihadiri beberapa orang kenamaan.

Selain itu, polis juga membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran SOP Perintah Kawalan PKPB pada majlis berbuka puasa yang dihadiri beberapa selebriti tempatan di ibu negara baru-baru ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain