PELAKON Rafidah Ibrahim selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, pada petang Rabu. Rafidah atau lebih dikenali Fida, 35, melangsungkan pernikahan di Masjid jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. "Alhamdulillah! Tanggal 5 Mei saya telah bergelar isteri... syukur kehadrat Ilahi dalam kekalutan membuat persediaan yang sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan. ARTIKEL BERKAITAN: "Kek RM50,000 Termasuk Jam Tangan Rolex" - Rafidah Ibrahim "Majlis hanya dihadiri adik-beradik dan keluarga terdekat sahaja... maaf saudara mara, sahabat dan semua kerana majlis dibuat sangat ringkas mengikut SOP serta jumlah jemputan yang sangat terhad. "Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung... kami mohon maaf jika ada kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis berlangsung," tulisnya menerusi Instagram pada Khamis. Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin tapi ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat RAFIDAH IBRAHIM PELAKON Sebelum itu, portal hiburan tempatan melaporkan pasangan ini dikatakan sudah berkenalan lebih 10 tahun. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pelakon drama Cinta Tikar Sejadah ini juga merahsiakan mengenai calon suami kerana menghormati permintaan keluarga. Rafidah dan Shahzemir berkenalan lebih 10 tahun Malah, Fida berkata hubungan mereka itu turut direstui arwah ibunya yang meninggal dunia pada 4 Mei 2017. "Walaupun arwah mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini. "Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi. "Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin tapi ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat. Bagaimanapun, Alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!