suria

Radang kulit merebak dari pinggang ke paha, Aril Pilus dimasukkan ke hospital untuk elak jangkitan

Aril Pilus menderita sakit radang kulit.

PENYANYI dan pengacara, Aril Pilus dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengalami penyakit radang kulit yang serius.

Menurut Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital berikutan penyakit itu mudah berjangkit kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau aku pergi, aku nak baring sebelah kau ye bang" - Aril luah rasa rindu genap 7 tahun Izwan Pilus meninggal dunia

"Malam tadi (malam Rabu) saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius.

"Radang ini boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. Jadi terpaksa la duduk wad dalam lima hingga tujuh hari," katanya.

Kata Aril, masalah radang kulit itu tumbuh di bahagian pinggang dan kini sudah merebak ke paha kanannya.

Perkongsian Aril di Instagramnya.

"Kawasan radang ni di bahagian belakang pinggang hingga ke paha kanan dan bahagian bawah perut dan di depan paha kanan bahagian atas.

"Senang cerita, (bahagian) pinggang, perut dan punggung la... susah sikit saya nak kongsi gambarnya takut kemontokann dan kemonggelan itu terserlah," jelasnya.

Radang ini boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. Jadi terpaksa la duduk wad dalam lima hingga tujuh hari.

ARIL PILUS

PENYANYI, PENGACARA

Selebriti berusia 36 tahun ini juga mengingatkan pengikutnya agar mengambil pelan insurans yang memang sangat membantu sekiranya berhadapan masalah kesihatan seperti yang dialaminya.

"Penting ya sahabat-sahabatku tentang medical card dan insurans ini. Alhamdulillah dapatlah mengurangkan sikit beban perbelanjaan.

"Wajib ada ya insurans individu, sangat-sangat penting.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"InsyaAllah doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapatlah saya sambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta," katanya.

Sekadar info, Aril dicungkil bakatnya selepas menyertai program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketujuh yang bersiaran pada tahun 2009.

Dia kini aktif dalam bidang pengacaraan dan mengendalikan program hiburan CCTV di Astro.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain