KADAR bayaran yang masih sama biarpun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan menjadi punca segelintir pelakon tidak 'rajin' untuk mempromosikan naskhah lakonan mereka di media sosial. Menerusi perkongsian di laman Insta Story, pelakon Rita Rudaini, 45, berkata pihak stesen televisyen dan penerbit seharusnya mempertimbangkan kadar bayaran yang setimpal agar sama-sama dapat merasai 'keuntungan' daripada hasil penat lelah bersama. ARTIKEL BERKAITAN: “Kami pun cari makan”- Sharifah Sakinah kecewa stesen TV minta promosi percuma di media sosial "Kalau nak contohi Salman Khan boleh... tapi tengok juga berapa kadar bayaran (yang diterima) Salman Khan. "Bayaran kita dari dulu (masih) sama sahaja. Alasan stesen TV bayar sikit, pelakon ramai. "Tapi nak kita all out, masing-masing ada silap masing-masing... jangan tuding jari kat artis sahaja," katanya. Rita meluahkan pandangannya di Insta Story. Rita menyatakan pandangannya itu sebagai respons kepada kenyataan penerbit Fadzil Teh yang berpendapat kebanyakan pelakon agak liat untuk mempromosikan drama atau filem lakonan mereka di media sosial masing-masing. Pemilik rumah produksi Zeel Production itu turut membandingkan hal itu dengan pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan yang tidak pernah berkira untuk mempromosikan naskhah lakonannya di media sosial sendiri. Pelakon filem Mami Jarum itu juga turut berkongsikan pengalamannya yang pernah berhadapan situasi buruk bersama sebuah syarikat produksi sebelum ini. Bayaran kita dari dulu (masih) sama sahaja. Alasan stesen TV bayar sikit, pelakon ramai. RITA RUDAINI PELAKON "Kadang-kadang bayaran pun tak deal sampai dah hari terakhir penggambaran. "Tahu-tahu bayar ikut suka hati mereka... macam mana tu?" katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Isu pelakon diminta tidak demand untuk mempromosikan drama atau filem lakonan mereka bukan satu perkara baharu. Malah ia sering ditimbulkan beberapa penerbit lain sebelum ini yang mengeluh dengan tindakan sebilangan pelakon yang terlalu berkira kerana beranggapan perkara itu tidak termasuk dalam job scope mereka. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!