suria

Tak perlu risau kalau terlepas... hanya sejam selepas bersiaran, drama popular Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu boleh ditonton di iQiyi!

DRAMA Melayu sememangnya antara yang ditunggu peminat-peminat drama tempatan, dan dengan kesibukan kerja seharian kini anda tidak perlu risau jika terlepas menyaksikan drama kegemaran ketika bersiaran di televisyen sepanjang Ramadan ini.

Anda kini boleh menyaksikan dua drama popular iaitu Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu secara eksklusif di platform penstriman video terkenal, iQiyi sejam selepas disiarkan di TV3. Menarik bukan?

Amyra membawakan watak Fira dengan baik.

Sabarlah Duhai Hati adalah sebuah drama bersiri 35 episod yang diadaptasikan daripada sebuah novel. Drama romantik yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli ini telah memulakan tayangan pada 28 April dan dijadualkan berakhir 1 Jun depan, pada pukul 7 malam menerusi slot Akasia Raya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Baru Sembilan episod bersiaran drama Sabarlah Duhai Hati antara yang paling ditunggu-tunggu netizen. Rata-rata suka melihat gandingan Amyra Rusli sebagai Fira dan Saharul Ridzwan sebagai Affan.

Drama arahan Pali Yahya mengangkat tema cinta dan kekeluargaan ini mengisahkan Fira seorang gadis berumur 20 tahun berasa sedih dan kecewa selepas ibunya melahirkan seorang anak lelaki, Danish.

Perbezaan umur di antara mereka yang ketara membuat Fira tidak senang hati. Konflik dan kematian ibu bapanya membuatkan Fira terpaksa menjaga dan membesarkan Danish berseorangan. Tanggungjawab barunya menyebabkan Fira terpaksa mengawal kehidupannya dan pada masa sama menerima lamaran seorang lelaki, Affan.

Saksikan lakonan mantap Amyra Rusli dan Saharul Ridzwan dalam Sabarlah Duhai Hati.

Pada awalnya Fira keberatan untuk menerima Affan disebabkan kisah lama mereka yang telah memalukan diri. Namun akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri, dari situlah ujian dan dugaan yang mengganggu rumah tangga mereka.

Pelbagai cabaran yang menguji rumah tangga mereka sehinggakan Fira berasa putus asa dan membuat keputusan membawa diri.

Dapatkan Fira terus bersabar dan kembali Bersama Affan? Atau mengalah dan membawa haluan masing-masing?

Drama Cukup Derita Itu menampilkan pelakon Ruhainies dan Hisyam Hamid.

Sementara itu, drama Cukup Derita itu kini mula mendapat perhatian netizen selepas episod pertama ditayangkan.

Rata-rata netizen di laman sosial mula meluahkan perasaan marah dan geram dengan perangai Makngah Gayah yang suka membuli Illani.

Cukup Derita Itu pula hasil adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini dibintangi Hisyam Hamid, Cha Cha Maembong dan Ruhainies. Drama 40 episod ini membuka tirainya di slot Samarinda Raya bermula pada 6 Mei hingga 14 Julai ini, pada pukul 10 malam.

Drama arahan Along Kamarudin ini mengisahkan Ellani dan Ellana merupakan kembar tidak seiras yang dibesarkan oleh makcik mereka iaitu Mak Ngah Gayah. Namun begitu, Mak Ngah memberi layanan yang berbeza kepada kedua-duanya. Ellana dibesarkan dan dilayan seakan-akan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba.

Kemarahan dan kebencian mula timbul apabila Zarul yang merupakan tunang dan bakal suami kepada Ellana berubah hati dan berkahwin dengan Ellani. Mak Ngah dan Ellana berusaha untuk merosakkan rumah tangga Zarul dan Ellani.

Lakonan mantap Ruhainies sebagai Ellani.

Bermula onak dan duri dilalui selepas berumah tangga, dendam Makngah membuatkan hidup Ellani sengsara.

Usaha Makngah akhirnya berhasil dan Zarul berubah hati dan mencintai Ellana semula dan sanggup menceraikan isterinya. Lebih menyayat hati Ellani diceraikan hanya melalui sms.

Apakah nasib Ellani seterusnya? Adakah masih ada sinar harapan untuk dia bahagia?

Ya! anda boleh menyaksikan kedua-dua drama ini secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada di platform penstriman iQiyi www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui iQiyi App, pada hari yang sama ianya bersiaran di seluruh negara di TV.

Sari kata turut disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Sabarlah Duhai Hati yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini satu jam selepas tayangan di TV, manakala pengguna percuma dapat menonton 24 jam selepas tayangan di TV.

iQiyi bukan sahaja menyediakan pelbagai drama Melayu popular, malah turut menyajikan drama-drama Korea, Chinese dan anime yang terbaharu dan trending.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain