suria

“Tak payah mengelupur pergi Nilai 3, sini melambaklah” - Azwan Ali tegur selebriti rentas negeri

Azwan Ali cukup terkenal dengan kelantangannya.

RAKAMAN video pengacara sensasi, Azwan Ali menyelar tindakan selebriti yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) menjadi tular dan trending di laman Twitter pada Sabtu.

Menerusi video itu, Azwan tanpa menyebut nama, menyindir seorang selebriti yang sanggup merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

ARTIKEL BERKAITAN: Ridhuan Tee persoal status kumpul pahala Siti Nurhaliza, minta henti guna nama 'ustaz' tutup kesalahan - “Dugaan dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar”

"Tak payah menggelupur pergi Nilai 3! Dahlah kau rentas negeri tak ikut SOP.

"Sini berlambaklah! Sedih! Kau terasa ke!" katanya.

Dalam pada 'memaki hamun' rakan selebriti lain, tindakan Azwan yang tidak memakai pelitup muka dalam video tersebut turut dikecam netizen.

"Tak payah menggelupur pergi Nilai 3! Dahlah kau rentas negeri tak ikut SOP.

AZWAN ALI

PENGACARA

Rakaman video itu dibuat di sebuah gedung karpet di ibu negara. Video itu turut memaparkan pelakon Dazrin Kamaruddin yang turut menemani Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA memilih karpet yang ingin dibeli.

Selain itu, menerusi laman Twitternya juga, Azwan turut menyokong kenyataan pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkaitan seorang selebriti 'kumpul' pahala selepas dikecam netizen ekoran dakwaan melanggar SOP.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Azwan Ali bidas selebriti langgar SOP.

"Hidup Ridhuan Tee! Marahkan je mana-mana kluster kayangan," katanya.

Baru-baru ini, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menjadi perhatian apabila didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet bersama suaminya PU Riz.

Manakala nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pula terkait dengan isu majlis tahnik anak keduanya yang didakwa telah menjemput pendakwah dari luar.

Kedua-dua kes ini masih lagi di bawah siasatan pihak polis.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain