suria

Syukur akhirnya dapat solat tarawih di masjid, Sasha akan ingat momen indah malam terakhir Ramadan di Dubai

Sasha kongsi foto ketika solat di luar masjid.

KEKECEWAAN penyanyi Sasha Saidin pada Ramadan tahun lalu akhirnya terubat apabila dia berpeluang menunaikan solat tarawih dan qiamullail di masjid pada tahun ini.

Biarpun ruang bahagian solat wanita di sebuah masjid yang terletak di Dubai, Arab Saudi ditutup, namun Sasha bersyukur dapat melakukan ibadah itu di luar dengan ditemani udara malam yang segar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin alami alahan ringan selepas suntikan kedua vaksin Covid-19 - “Saya berasa letih dan mengantuk... suami pula sakit kepala”

Akui pelakon berusia 45 tahun itu, pelbagai dugaan dan kepayahan yang dilalui sepanjang tahun ini mengajar dirinya untuk menghargai setiap peluang yang diberikan.



Perkongsian Sasha di Instagram miliknya.

"Saya sangat bersyukur dapat melalui pengalaman solat tarawih dan qiamullail pada Ramadan kali ini selepas kecewa kerana saya tidak berpeluang lakukannya pada tahun lalu.

"Walaupun bahagian wanita telah ditutup sepanjang tahun, tetapi yang paling penting ialah kita dapat berdoa di luar dengan udara malam yang sejuk dan beberapa malam berdoa di tengah ribut pasir yang ringan.

"Ramadhan kali ini dengan segala dugaan dan kesusahannya yang selalu ada bersama saya dan telah mengajar saya untuk tidak menganggap perkara-perkara begitu saja," katanya.

Ini membuat saya berasa bersyukur kerana berpeluang berada di mana saya berada sekarang.

SASHA SAIDIN

PELAKON & PENYANYI

Sasha yang juga salah seorang ahli kumpulan Elite itu berkongsi foto berada di masjid tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan menganggap kakak kepada pelakon Zain Saidin itu bertuah kerana berpeluang menunaikan solat di masjid.

Dalam pada itu, Sasha memberitahu dia akan sentiasa mengingati momen indah yang dilalui beberapa malam terakhir Ramadan.



Sasha menetap di Dubai selepas berkahwin dengan suaminya.

"Ini membuat saya berasa bersyukur kerana berpeluang berada di mana saya berada sekarang.

"Saya akan mengingati malam yang menakjubkan dengan ayat-ayat al-Quran yang indah dibaca bersama angin malam yang sejuk sampai ke telinga sehingga membawa ketenangan di jiwa saya," ujarnya.

Untuk rekod, Sasha dan suaminya, Sirhan Wahab yang juga ahli perniagaan itu kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain