suria

Ibu terkejut foto anak jadi mangsa lelaki gila seks, nasihat Wany Hasrita banyak bersabar

Ibu Wany Hasrita terkejut gambar anaknya digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

PENULARAN video seorang lelaki memuaskan nafsu menggunakan foto penyanyi Wany Hasrita mengejutkan ramai pihak baru-baru ini.

Perkara itu turut menerima reaksi ibunya, Norita Jaafar yang terkilan apabila gambar anaknya disalahgunakan untuk tujuan tidak senonoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Foto Wany Hasrita jadi ‘modal’ lelaki gila seks... minta peminat report jika ternampak video jijik itu di laman sosial

"Mula-mula tahu ada video tu memang saya terkejut... tapi bila saya tanya pada Wany, dia pun terangkan tentang perkara sebenar.

"Sebagai seorang ibu memang saya kecewa tapi kita tak boleh nak kawal orang lain. Ini dugaan yang terpaksa saya dan anak tempuh.

Gambar Wany disalahguna untuk tujuan tidak bermoral.

"Saya berdoa supaya benda-benda macam ini tak lagi jadi pada anak saya," katanya kepada mStar.

Norita juga ada menasihatkan Wany sentiasa menjaga diri supaya maruah dirinya tidak boleh diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.

Saya berdoa supaya benda-benda macam ini tak lagi jadi pada anak saya.

WANY HASRITA

PENYANYI

"Lepas benda ni jadi, saya hanya nasihatkan dia supaya banyak bersabar... sudah tentu dia rasa kecewa sebab gambar dia kan.

"Saya harap Wany akan lebih lagi menjaga diri dia, adab serta akhlak yang macam selalu saya pesan pada dia sebelum ini," katanya lagi.

Video itu sudah tidak boleh diakses selepas Wany meminta peminat untuk melaporkannya kepada penggendali laman Twitter.

Video tidak bermoral itu dimuat naik seorang pengguna laman Twitter memaparkan seorang lelaki melakukan aksi menjijikkan di hadapan foto Wany.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Wany meminta peminat agar dapat melaporkan video itu kepada pihak Twitter agar ia dapat segera dipadam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hasil pemerhatian mStar, video itu kini tidak lagi boleh diakses serta sudah dihapuskan dari laman sosial tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain