PERKONGSIAN pelakon Scha Elinnea yang melahirkan rasa syukur dapat memiliki kereta mewah jenama Mercedes-Benz A180 AMG di laman Instagram mengundang komen negatif daripada netizen. Akui Scha, 21, dia menerima mesej di Instagram yang menghantar paparan skrin komen netizen menuduhnya menggunakan duit haram untuk membeli kereta berharga hampir RM200,000 itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kerap kongsi gambar seksi, Scha Elinnea akui sering diganggu lelaki berstatus suami orang Tegas pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen, dia tidak akan menggunakan atau memberikan duit haram kepada keluarganya seperti yang didakwa individu tersebut. Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya. SCHA ELINNEA PELAKON "Ada orang DM, hantar screen shot komen 'dia ni mesti ada orang bela'. Cuba fikir sendiri, takkanlah tak boleh fikir, bulan Ramadan ini saya nak berikan duit haram kepada keluarga saya atau beli kereta guna duit haram? "Saya takkan lakukannya! Tak kisah apa orang nak cakap, saya okey. Buat apa nak kisah pun. Orang yang kenal saya saja tahu bagaimana susahnya saya mencari duit," katanya. Pada Sabtu lalu, pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu berkongsi foto dia bersama kereta mewah miliknya di laman Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, Scha turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaiannya dan mengakui dia tidak pernah membayangkan akan memiliki kereta idamannya itu. Sebelum ini, Scha zahirkan rasa syukur dapat memiliki kereta idamannya. Dalam pada itu, Scha memberitahu dia berbangga dengan dirinya yang menggunakan duit yang disimpan dari titik peluhnya sejak berusia 15 tahun. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya... Apa saya nak saya sendiri kena usahakan. Ramai orang tak tahu saya sudah mula bekerja dari umur 15 tahun lagi sebagai model dan reviu produk. "Kemudian bermula dua tahun lalu, barulah saya ceburi bidang lakonan. Sepanjang tempoh itu saya tak akan membelanjakan duit beg, kasut mewah atau makan tempat mahal. "Setiap bulan mesti ada simpanan untuk mendapatkan impian saya iaitu memiliki kereta pada umur 21 tahun dan rumah sebelum usia 25 tahun," katanya yang turut menceburi bidang perniagaan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!