suria

Enam tahun tak sambut raya selepas ibu meninggal dunia, Wan Sharmila 'off hp' tiga hari elak rasa sedih

Wan Sharmila tidak mahu merasai suasana raya selepas ibu meninggal dunia.

SELEPAS pemergian ibu tercinta pada 2015, pelakon Wan Sharmila mengakui dia tidak lagi mempunyai perasaan untuk menyambut hari raya malah lebih memilih untuk mengurung diri di rumah sahaja.

Malah Wan Sharmila atau lebih mesra disapa sebagai Lala memberitahu dia akan bercuti ke luar negara ketika orang lain sibuk beraya sebelum wabak Covid-19 melanda seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu dapat hadiah cincin, Wan Sharmila jelaskan hubungan dengan Syazwan Zulkifly

"Sebenarnya saya memang dah tak beraya seorang sejak arwah ibu meninggal dunia pada 2015. Jadi tahun ini genap enam tahun saya tidak beraya. Arwah bapa saya pula memang dari saya kecil sudah meninggal.



Wan Sharmila akan menghilangkan diri selama tiga hari bermula malam raya.

"Saya ada seorang abang tapi dia menetap di JB. Bila ibu saya dah tak ada, perasaan nak beraya itu terus hilang. Jadi, saya dah biasa tinggal seorang diri rumah pada hari raya.

"Macam tahun lalu, saya duduk rumah seorang diri sahaja... memang tak beraya pun. Kalau sebelum ada Covid, separuh bulan Ramadan saya akan pergi bercuti ke luar negara dan dah rasa berpuasa di tempat orang," katanya kepada mStar.

Sekitar 2017, Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed pernah mendedahkan berat badannya susut selepas ibunya iaitu Raidah Abd. Aziz meninggal dunia pada 5 Julai lalu.

Saya faham sebab mereka takut kalau ada apa-apa terjadi dekat saya.

WAN SHARMILA

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama siri popular 7 Hari Mencintaiku ini memberitahu dia juga pernah menghilangkan diri dengan menutup telefonnya selama tiga hari bermula pada malam raya.

Tindakannya Wan Sharmila itu membuatkan rakan-rakan baiknya berasa bimbang sehingga mereka hampir membuat laporan polis kerana memikirkan aktres itu hilang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Macam tahun lalu, saya menghilangkan diri... saya tutup telefon selama tiga hari bermula malam raya. Malah kawan rapat nak cari saya tak dapat, sampai nak buat laporan polis.



Wan Sharmila masih terkesan dengan pemergian ibu tercinta.

"Sebab mereka ingat saya dah hilang. Saya faham sebab mereka takut kalau ada apa-apa terjadi dekat saya tapi untuk tahun ini memang saya cakap awal-awal yang saya akan tutup telefon untuk beberapa hari.

"Saya memilih untuk tutup telefon sebab tak nak rasa suasana raya. Sebenarnya saya nak jauhkan rasa kesedihan dan kerinduan terhadap arwah ibu yang selama ini ada dengan saya.

"Bukan tak move on, tapi saya masih tak boleh lagi nak menyambut perayaan tanpa arwah. Malah, saya akan buka siaran TV cerita tamil ke sebab nak elak daripada rasa suasana raya," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain