suria

Hael Husaini ambil anak angkat lagi, kembar lelaki - “Haelmummy je tak ada lagi”

Hael mengambil anak lelaki kembar yang diberi nama Haelmy dan Haelman.

SAMBUTAN Aidilfitri Hael Husaini kali ini lebih meriah dengan kehadiran sepasang bayi kembar lelaki yang dipercayai anak angkat terbaharu penyanyi itu.

Diberi nama Haelmy dan Haelman, bayi lelaki ini tentunya menyerikan lagi pagi 1 Syawal Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Ramzi disamping anak angkat sulungnya Nur Helena.

Berita gembira itu dikongsikan Hael di Instagram pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Wah! Hael Husaini Dah Jadi Ayah

"Selamat Hari Raya Aidifitri maaf zahir dan batin daripada kami Hael, Helena and say hello to my twin Haelmy dan Haelman," tulisnya di Instagram.

Hael dan anak-anaknya kelihatan segak dan berseri-seri mengenakan baju sedondon berwarna ungu.

Antara komen netizen dan rakan artis yang turut gembira dengan berita tersebut.

Rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa gembira dengan berita tersebut serta mendoakan penyanyi itu dimurahkan rezeki.

"Selamat harinraya Hael, comel-comel je family ni.

"Selamat hari raya Hael, Helena, Haelman dan Haelmy.

"Wah kembar ke? Meriah la raya tahun ni," antara komen netizen pada foto tersebut.

Sebelum kehadiran Haelmy dan Haelman, Nur Helena merupakan anak angkat Hael yang pertama.

Sementara itu ada juga netizen yang mengusik penyanyi itu mengenai pasangan hidup.

“Haelmummy je tak ada lagi, ” tulis seorang netizen.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi ini mengambil anak angkat yang diberi nama Nur Helena Hael.

Helena merupakan anak angkat yang diterimanya daripada sebuah keluarga pada Mei 2017.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain