suria

Rindu masakan ibu, Siti Nordiana belajar buat kuah kacang melalui 'video call'

Siti Nordiana hanya raya berdua dengan anak di Kuala Lumpur.

DISEBABKAN terlalu rindu ingin menjamah kuah kacang hasil air tangan ibunya, penyanyi Siti Nordiana mengambil inisiatif dengan belajar sendiri membuat juadah raya itu menerusi panggilan video.

Menurut Siti Nordiana atau nama sebenarnya, Siti Nordiana Alias, 37, tahun ini dia hanya beraya di Kuala Lumpur bersama anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 13, memandangkan negara masih lagi berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana sedar ramai pertikai kemenangan, akui sukar untuk kekal relevan - “Saya tak pasti apa yang buat mereka undi saya”

"Tahun ini saya hanya beraya di Cheras bersama Rayyan. Sedih juga tidak dapat pulang beraya di rumah mak ayah di Negeri Sembilan.

"Saya memang rindu sangat nak rasa juadah wajib pagi raya mak saya iaitu kuah kacang dia. Walaupun masakan itu simple tapi memang kuah kacang mak saya yang paling sedap saya pernah rasa.

Siti Nordiana rindu suasana berhari raya di kampung.

"Saya sampaikan belajar nak buat kuah kacang dengan mak menerusi panggilan video... walaupun tidak sesedap mak buat tapi bolehlah untuk makan kami dua beranak," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia berasa sayu melihat Rayyan terpaksa beraya sendirian di sini tanpa kehadiran sepupu-sepupu di kampung yang sentiasa memeriahkan sambutan lebaran sebelum ini.

Walaupun masakan itu simple tapi memang kuah kacang mak saya yang paling sedap saya pernah rasa.

SITI NORDIANA

PENYANYI

"Sudah tentu Rayyan rindu nak beraya di kampung dengan datuk, nenek dan sepupu-sepupu dia... tapi nak buat macam mana kita kena patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

"Kami beraya pun dalam mood sederhana sahaja, saya pun pakai sahaja baju raya yang ada... tak beli baharu pun untuk tahun ini.

Siti Nordiana bersama anaknya, Rayyan.

"Yang penting kemeriahan raya tetap kami rasai sebab hari-hari memang saya dan anak akan buat panggilan video dengan mak di kampung, jadi sedikit sebanyak rindu itu terubat," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Nana kini tampil dengan single terbaharu berjudul Cukup Derita Itu yang merupakan hasil ciptaan Tam Spider dan Siti Rosmizah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lagu itu merupakan runut bunyi (OST) drama dengan judul sama, Cukup Derita Itu yang kini ditayangkan di slot Samarinda TV3, bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.

Drama arahan Along Kamaludin itu dibintangi oleh Hisyam Hamid, Ruhainies dan Chacha Maembong.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain