MEMASUKI usia 52 tahun, pelawak Saiful Apek berkata dia kini mula menitikberatkan mengenai penjagaan kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Menurut Saiful atau nama sebenar Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, dia mula menyedari kepentingan menjaga tubuh badan selepas melihat beberapa rakan berdepan masalah sakit kronik. "Alhamdulillah sebabkan cemburu tengok orang lain berisi, jadi sekarang ini dah tiba masa untuk saya pula berisi sikit. Mungkin sebab saya mula kawal makan dan amalkan pemakanan sihat. ARTIKEL BERKAITAN: Usia makin lanjut, Saiful Apek tapis sertai 'program terkinja-kinja' "Kalau ikutkan saya dengan adik-beradik lain semuanya kurus dan slim sahaja sebab kami ikut mak... dulu berat badan saya 50 kilogram sahaja tapi sekarang dah 65 kilogram, harap berisi ni kesihatan pun baik la. "Tak kisahlah berat berapa pun asalkan tiada penyakit kronik... risau apabila tengok kawan-kawan saya, ada yang masih muda lagi tapi macam-macam penyakit. Itu membuatkan saya risau," katanya kepada mStar. Saiful Apek berhenti merokok sejak tahun 2014. Dalam pada itu, Apek tidak menolak berhenti merokok menjadi antara faktor membuatkan tubuhnya lebih sihat dan berisi. "Saya tak ada buat benda yang drastik pun cuma dari tahun 2014 saya berhenti merokok... sebelum itu saya memang perokok tegar, sehari saya boleh habis dua kotak rokok. Saya tak ada buat benda yang drastik pun cuma dari tahun 2014 saya berhenti merokok... sebelum itu saya memang perokok tegar! SAIFUL APEK PELAWAK "Saya rasa mungkin itu faktor yang mendorong pertambahan berat badan... yang lain saya maintain saja macam dulu," ujarnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bercakap mengenai karier seni, pelakon filem Cicak Man ini memberitahu dia meletakkan harapan tinggi agar kumpulan Senario dapat kembali semula menghiburkan peminat. Saiful mahu kembalikan kegemilangan Senario. "Sebenarnya saya ralat apabila Senario dibiarkan begitu sahaja sedangkan kami semua masih sihat lagi, saya rasa kami perlu buat sesuatu kerana dah tiba masanya. "Bukan nak bersaing dengan pelapis baru, cuma saya rasa inilah masanya untuk tebus balik dalam tentukan legasi kita pada masa akan datang. "Kita kalau boleh nak pengakhiran yang bermanfaat untuk semua, macam contoh Allahyarham Tan Sri P Ramlee, perginya dia meninggalkan banyak cerita baik," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!