suria

“Kalau bercinta mesti kita nak penghujungnya bahagia ke jannah” - Adam Lee rancang lamar Sweet Qismina dua tahun lagi

Adam Lee dan Sweet Qismina ada berbincang untuk membawa hubungan ke fasa lebih serius.

HUBUNGAN cinta antara pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina bukanlah satu rahsia memandangkan mereka cukup terbuka dalam berkongsikan perkara itu kepada peminat.

Setelah hampir dua tahun berkawan rapat, Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, berkata dia ada perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya dalam masa beberapa tahun lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari sukar bernafas... Sweet Qismina positif Covid-19, kini kuarantin di Ipoh

"Kalau bercinta pasti kita nak penghujungnya bahagia sehingga ke jannah.

"Perancangan untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya memang ada, mungkin dalam tempoh masa setahun atau dua tahun lagi.

Drama Adam Chempaka menjadi pencetus kepada hubungan cinta pasangan ini.

"Bercinta pun kami beritahu, apatah lagi kahwin... kami tidak akan sorok kalau kami nak kahwin nanti," katanya kepada mStar.

Adam dan Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, mula bercinta selepas digandingkan bersama dalam drama bersiri Adam Chempaka yang ditayangkan pada tahun 2019.

Kalau bercinta pasti kita nak penghujungnya bahagia sehingga ke jannah.

ADAM LEE

PELAKON

Sementara itu, mengulas mengenai Covid-19, Adam berkongsikan kisahnya yang dipandang serong sesetengah rakan selepas teman wanitanya dilaporkan positif baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Sweet sudah pun sembuh daripada wabak tersebut selepas menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kita memang tak boleh nak tutup mulut orang... macam baru-baru ini (sebelum PKP), saya pergi gim untuk work out tapi bila mereka (kawan-kawan gim) dengar cerita Sweet kena Covid-19, ada yang bagi kata-kata agak kasar yang kedengaran sensitif pada saya.

Sweet kini disahkan bebas Covid-19 selepas menjalani kuarantin di Ipoh baru-baru ini.

"Bagi saya tak guna kita nak bagi ceramah pada orang macam ni... dia takkan dengar apa yang kita nak cakap sebab susah nak ubah (pandangan serong masyarakat disebabkan dia mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19).

"Saya memang selalu berjaga-jaga dan buat ujian calitan lebih-lebih lagi kalau ada melibatkan projek kerja," katanya lagi.

Adam turut mengingatkan peminatnya agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar rantaian wabak Covid-19 berjaya diputuskan dengan sepenuhnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain