suria

PU Raihan tiada niat roboh banglo bekas isteri, tak setuju tuntutan mut'ah RM300,000 - “Saya pasti nilai rumah tidaklah seperti dituntut”

Rumah dibina atas tanah milik bapa PU Raihan.

BARU-BARU ini Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen apabila muncul dengan status di Facebook mencari perkhidmatan untuk merobohkan sebuah rumah 'batu'.

Bagaimanapun persoalan itu segera terjawab apabila bekas isteri PU Raihan atau Raihan Husni yang dikenali sebagai Ain Qaiyimah tampil menjelaskan kisah di sebalik rumah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta kembali bertaut, Da’i Farhan kembali dengan bekas isteri Fatin pada 1 Syawal

Ujar Ain, dia kecewa apabila Raihan mahu mendahului mahkamah berhubung status rumah tersebut yang dibina menggunakan wangnya di atas sebidang tanah milik bapa pendakwah berkenaan.

Tampil menjelaskan mengenai hal itu Raihan muncul menerusi kenyataan terkini dan berkata bahawa isu dia dengan sengaja mahu merobohkan rumah berkenaan sebenarnya tidak berbangkit.

Malah kini dia berkata mahu menunggu proses mahkamah berhubung tuntutan mut'ah bekas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di Hulu Langat pada 16 Jun depan.



Perkongsian Ain di Facebooknya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Raihan mendedahkan butiran tuntutan Ain selaku plaintif yang meminta bekas suaminya membayar mut'ah sebanyak RM300,000.

Ujar Raihan, dia bagaimanapun tidak bersetuju dengan jumlah tuntutan berkenaan.

Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti.

PU RAIHAN

PENDAKWAH BEBAS

"Pada 6 Mei lalu saya tanpa gagal hadir ke Majlis Sulh di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat tepat pada masanya.

"Tetapi apabila mendapat tahu tentang tuntutan mut'ah sebanyak RM300,000 itu sebenarnya adalah bayaran tebus harga rumah, sememangnya saya berhak untuk tidak bersetuju," kata Raihan.

Tambah pemenang tempat keempat rancangan Pencetus Ummah 2016 ini, dia yakin nilai rumah berkenaan tidak seperti yang dituntut Ain atas beberapa faktor.



Notis tuntutan mut'ah.

"Kenapa saya tidak bersetuju? Kerana ia merupakan rumah dua bilik yang dibina atas tanah yang pemiliknya masih ayah kandung saya sehingga saat ini.

"Saya pasti rumah itu nilainya tidaklah seperti jumlah yang dituntut, apatah lagi setelah segala perabot dan perhiasan dibawa keluar nanti.

"Jadi bagi saya tiada isu tentang saya tidak bertanggungjawab, tidak beri kerjasama atau jauh sekali dengan sengaja ingin meruntuhkan rumah itu," katanya seperti yang dipetik daripada hantaran Facebook.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapat penjelasan terperinci daripada Raihan tidak berhasil.

"Saya dah buat laporan polis dan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) serta serahkan kepada peguam.

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab ini privasi saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain