suria

Kertas siasatan Neelofa, suami rentas negeri beli karpet diserah ke Pejabat Peguam Negara

Neelofa beri keterangan kepada pihak polis pada 4 Mei lalu.

ISU langgar prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz nampaknya hampir selesai apabila kertas siasatan terhadap mereka diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, kertas siasatan tersebut dihantar selepas pihak polis memperkemas dan melengkapkan siasatan kes membabitkan pasangan berkenaan merentas negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rentas negeri beli karpet di Nilai 3, Neelofa dan PU Riz dipanggil polis

"Kertas siasatan itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AG) di Putrajaya hari ini (Selasa)," katanya memetik The Star.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa, 32, dan PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 26, telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Neelofa berkongsikan video di Instagramnya sebelum dipadamkan selepas ia menjadi tular.

Neelofa dan PU Riz disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Kawalan Pergerakan Bersyarat 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik Neelofa di Instagram Story memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3, di Nilai menjadi tular pada 2 Mei lalu.

Kertas siasatan itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AG) di Putrajaya hari ini (Selasa).

SUPERINTENDEN MOHD FAZLEY AB RAHMAN

KETUA POLIS DAERAH NILAI

Bekas pengacara MeleTOP itu kemudiannya memadamkan video tersebut selepas perkara itu menjadi tular di kalangan netizen.

Terdahulu, pasangan selebriti ini dan keluarga akhirnya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Isu itu timbul selepas beberapa foto menunjukkan jemputan yang hadir ke majlis perkahwinannya tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tular di media sosial.

Neelofa dan PU Riz diijabkabulkan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain