suria

Naim Daniel ‘penat’ tengok kes Covid-19 meningkat - “Apabila ketidakadilan berlaku... kita tak sepatutnya senyap!”

Naim Daniel berkata sebagai rakyat Malaysia dia mempunyai hak untuk memberikan pendapat.

SEJAK kebelakangan ini penyanyi dan pelakon Naim Daniel dilihat agak lantang menyuarakan pendapatnya di Twitter berhubung keadaan serta situasi semasa negara yang masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Kata Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, rakyat kini semakin penat dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang kerap berubah-ubah.

Ujar penyanyi lagu Purnama ini lagi, sebagai rakyat dia turut terkesan dengan sikap dan cara pihak berkuasa dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tahun untuk bercinta, Naim Daniel anggap Iman Troye macam adik - “Saya nak fokus kerjaya dahulu”

"Saya bukan nak tunjuk hero, tapi seperti yang kita tengok semua orang dah rasa penat... bukan negara kita tak pernah dapat zero case.

Perkongsian Naim di Instagram.

"Tapi sekarang usaha semua pihak berkorban masa dan tenaga jadi sia-sia.

"Bukan saya nak salahkan orang atasan tapi kalau ia diuruskan dengan baik, benda ni (PKP) tak jadi lagi," katanya ketika dihubungi mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Naim lagi, dia memahami keluh kesah orang ramai yang terkesan daripada segi ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tapi sekarang usaha semua pihak berkorban masa dan tenaga jadi sia-sia.

NAIM DANIEL

PENYANYI, PELAKON

"Saya sedih sebab ramai orang terkesan... saya faham kerana tahu macam mana susahnya nak cari duit.

"Kita tak tahu untung nasib kita macam mana di masa akan datang. Apabila melihat ada ketidakadilan berlaku... kita tak sepatutnya senyap.

Naim simpati dengan nasib kebanyakan rakyat Malaysia yang terkesan.

"Lagipun apa yang saya tulis itu dalam cara berilmiah serta diplomasi, saya percaya negara kita ini negara demokrasi... takkan kita tak boleh nak say a word," ujarnya lagi.

Sebelum ini menerusi posting di Twitter, Naim mengaitkan isu politik dengan situasi terkini penularan pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan.



Antara tulisan Naim yang menarik perhatian netizen.

"Boleh tak kita semua bersetuju, Covid-19 di Malaysia ini bukan lagi hanya pandemik. Tapi ia juga kegagalan politik," tulisnya.

Pendapatnya itu diulang ciap hampir 15,000 kali oleh pengguna laman sosial tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain