suria

Lagi dakwaan selebriti langgar SOP, polis Melaka panggil Awie bantu siasatan

Awie dipanggil polis beri keterangan dakwaan langgar SOP dalam satu majlis, baru-baru ini.

PENYANYI Datuk Awie dipanggil polis untuk diambil keterangan susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Melaka, baru-baru ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, beberapa individu termasuk penganjur akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu sisatan.

"Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna foto kepala Awie tapi badan orang lain demi lariskan produk - “Ganti rugi bukan isu utama tapi tak mahu orang ditipu”

"Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan," katanya melalui kenyataan media.

Mohd Sukri memaklumkan pihaknya menerima laporan pada pukul 12.43 pagi, Ahad yang memaklumkan berlaku pelanggaran SOP oleh selebriti itu ketika menjayakan majlis misi kemanusiaan.

Dalam pada itu, polis memohon agar individu yang terbabit dalam majlis tersebut atau mempunyai maklumat berkaitan hadir bagi membantu siasatan.

Video memaparkan Awie dan beberapa tetamu sedang menyanyi tular di media sosial.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No. 3,2021.

"Polis juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kegagalan berbuat demikian akan diambil tindakan," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum itu, tular rakaman video berdurasi 42 saat memaparkan Awie bersama beberapa individu dilihat tidak memakai pelitup muka.

Rakaman video itu dikongsi oleh pengguna media sosial dan menerima pelbagai kecaman kerana dilihat mengabaikan SOP ketika negara sedang berdepan ancaman Covid-19.

Difahamkan persembahan itu berlangsung di sebuah hotel di Melaka pada 30 April lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain