suria

Fiza Halim cerai kali ketiga melalui Whatsapp, reda jodoh tak panjang - “Harap jangan dihina saya lagi”

Ikatan perkahwinan Fiza dengan suami, Aizat tidak panjang.

SEKIAN lama berteka-teki mengenai status diri, akhirnya bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim mengesahkan sudah bercerai dengan Aizat Al Jefri sejak 22 Julai tahun lalu.

Reda ikatan perkahwinannya dengan juruterbang itu tidak panjang, Fiza berkata perceraian ini merupakan ujian dan dugaan hidup yang dilaluinya sebagai manusia biasa.

Justeru itu, Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 43, memohon tiada lagi fitnah dan hinaan dilemparkan terhadapnya selepas perkahwinan ketiga ini berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang sikap netizen, Fiza Halim muat naik foto tidak berhijab “Aku bukan orang baik, aku tak suka hipokrit!”

"Harap tiada lagi fitnah dan hinaan di luar sana kepada saya. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari dugaan dan cubaan hidup ini.

"Ini bahagian saya. Saya terima segala ketentuan dan takdir yang sudah tertulis untuk saya... hanya reda dan pasrah yang dapat saya ucapkan.



Fiza kongsi berita penceraian di laman Instagram.

"Harap jangan dihina saya lagi... doakan yang baik-baik untuk saya dan anak-anak," tulisnya menerusi Instagram pada Isnin.

Fiza berkahwin dengan duda anak dua, Aizat Al Jefri sejak Disember tahun 2016.

Menerusi perkahwinan ketiga itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata Siti Aleena Adra atau Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar. Ia bukan mudah tapi baru saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercerai talak satu. Saya diceraikannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Punca atau sebab kenapa kami berpisah itu, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu membuka aib sesiapa.

"Saya sedar dengan status pernah berkahwin tiga kali, pasti ada yang akan memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa, yang tak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji," katanya.

Mata mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini termasuklah nasib saya!

FIZA HALIM

PELAKON

Dalam pada itu itu, Fiza mengakui awalnya sukar untuk dia menerima hakikat sudah kembali hidup sendiri.

Namun dia bangkit untuk kembali membesarkan anak-anak dan melalui ujian ini dengan hati tenang.

"Mata mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini. Termasuk nasib saya. Saya hilang arah dan terkapar kapar memikirkan pengakhiran hidup nanti bagaimana.

"Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan untuk menggalakkan diri menyertai cabang kerja baru... mungkin saya akan mempertimbangkan kerja itu.



Fiza bersama tiga anaknya.

"Cuma saya belum terfikir nak berlakon atau bernyanyi semula setakat ini. Selama ini pun, saya juga membuat ulasan produk dan perkhidmatan di Instagram. Saya juga terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini," ujarnya.

Untuk rekod, Fiza mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tak dapat diselamatkan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain