suria

Isu Sharifah Rose dilabel 'kayu', Elvina Mohamad mengaku pernah gelabah... nak luruh jantung bila dengar perkataan ‘action’

Elvina

STATUS yang dimuat naik pengarah drama Shahrulezad Mohameddin di Instagram mendedahkan dia pernah 'reject' pelakon baharu Sharifah Rose turut mendapat perhatian aktres Datin Elvina Mohamad.

Menerusi status Shahrulezad atau Budak Ijat turut mengaitkan nama Elvina yang pernah gagal ketika sesi uji bakat yang diadakan produksinya namun kini sudah memperbaiki mutu lakonannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan bodoh sangat sampai nak dera anak sendiri” - Elvina bengang netizen 'kaki menyibuk', tak faham maksud bergurau

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad menerusi ruang komen di perkongsian itu menasihati pendatang baharu agar tidak putus asa dan sentiasa belajar sekiranya ingin berjaya dalam dunia seni.



Elvina meninggalkan komen tersebut di perkongsian Shahrulezad.

"Kepada pendatang baharu, jangan mudah putus asa, teruskan belajar dan perbaiki kesilapan. Perbaiki skill lakonan, janganlah jadi bodoh sombong malas bertanya.

"Belajar kalau betul bersungguh nak jadi seorang pelakon yang bagus suatu hari nanti... Insya-Allah. Sebab saya pun pernah berada di tempat anda suatu ketika dahulu," katanya.

Sebelum ini, lakonan pertama Instafamous Sharifah Rose menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menerima kritikan netizen dengan menggelarkannya sebagai ‘kayu’.

Sebab saya pun pernah berada di tempat anda suatu ketika dahulu.

ELVINA MOHAMAD

PELAKON

Terpanggil berkongsi pendapat, Shahrulezad meminta netizen memberi peluang kepada selebriti Instagram itu untuk memperbaiki lakonannya dari semasa ke semasa.

Katanya lagi, ramai pelakon antaranya Elvina sudah membuktikan keupayaan mereka dan diterima untuk berlakon dalam drama terbitannya selepas beberapa tahun memperbaiki mutu lakonan mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Elvina mengakui dia mudah berasa gelabah setiap kali mendengar perkataan 'action' daripada Shahrulezad ketika pertama kali berlakon dalam drama arahannya.



Shahrulezad harap Sharifah Rose terus perbaiki mutu lakonan untuk berjaya.

Bagaimanapun, pelakon drama siri Takdir Yang Tertulis ini mengucapkan terima kasih kepada Shahrulezad dan pengarah Nizam Zakaria yang mempercayai bakatnya sehingga kini.

"Ya Allah ya! Haha abam garang betul! Ya dahulu, sebab itulah El jadi tak tentu arah, gelabah macam nak luruh jantung ni setiap kali dengar 'action' daripada abam tapi terima kasih abang masih percaya bakat El sampai sekarang.

"Thanks abam @nizamzakaria sebab pujuk I untuk casting lagi walaupun I dah lari balik sebab gelabah nau haha. Awak yang sentiasa beri semangat dan kata I boleh walaupun yang lain kata I memang tak boleh berlakon langsung.

"Sebabkan awak, saya dalam industri sekarang," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain