PELAKON Noorkhiriah berhadapan detik cemas apabila anak sulungnya Muhammad Hudhaifah, 12, dipercayai hilang selepas tersedar ia tiada di rumah pada awal pagi Khamis. Akibat kejadian itu, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya dengan memaparkan gambar anaknya bagi mencari jalan agar orang ramai dapat membantu mengesan kanak-kanak itu sekitar Damansara, Petaling Jaya, Selangor. "Kalau jumpa kanak-kanak ini tolong hubungi ibunya Noorkhiriah, bangun pagi dia tiada dalam rumah," menurut posting yang tersebar. ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah jadikan MPV miliknya van jenazah - “Akak tak kaya tapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu” Noorkhiriah turut berkongsi gambar anaknya bersama basikal yang dipercayai digunakannya untuk keluar rumah. Dia disedari hilang pukul 6 pagi tadi dan dijumpai di area Taman Tun dalam keadaan selamat! AZFAIZUL AHTAN SUAMI NOORKHIRIAH Dalam pada itu suami Noorkhiriah iaitu Azfaizul Ahtan yang dihubungi mStar berkata, anaknya itu sudah ditemui dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu. "Anak saya dah jumpa dah... terima kasih semua! Noorkhiriah bersyukur anak ditemui selamat selepas beberapa jam dilaporkan hilang. "Dia disedari hilang pukul 6 pagi tadi dan dijumpai di area Taman Tun dalam keadaan selamat," katanya ringkas. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Muhammad Hudhaifah ditemui selamat di kawasan Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur berdekatan pusat membeli belah One Utama, Damansara, tidak jauh dari rumah mereka tanpa ada unsur-unsur jenayah. Selain Muhammad Hudhaifah, pasangan berkenaan turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Yusoff, 10, dan anak angkat bernama Nur yang kini berusia 2 tahun. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!