SELEPAS beberapa jam bertarung nyawa, akhirnya pelakon Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah pusat perubatan di Selangor sekitar pukul 1.30 pagi, Rabu. Ain atau nama sebenar Nurulain Edruce, 30, memberitahu dia hanya mengetahui jantina bayinya adalah perempuan selepas selesai melalui proses bersalin secara normal. "Setelah berbelas jam dalam hospital, akhirnya saya bersalin. Semuanya baik di sini, rasa tak nak balik, nak stay terus.ARTIKEL BERKAITAN: “Yes... saya mengandung!” - Ain Edruce bakal jadi ibu, kini hamil empat bulan "Sudah tentu saya tak sangka yang saya sudah menjadi seorang ibu. Saya bersalin secara normal... bila baby diletak atas saya, masa itu terus saya hanya fikir yang 'aku dah jadi ibu'. Ain dan suami, Amirul teruja timang anak sulung. "Kami memang tak tahu jantina bayi, jadi masa doktor letak baby atas saya pun, saya tak terfikir nak tahu fasal jantina dia..Lepas itu, bila doktor dah lap... barulah saya tanya jantina baby. "Bila dapat tahu baby girl itu, Alhamdulillah, sebab Amirul memang dah teka baby girl tapi saya pula kata baby boy," katanya kepada mStar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pada Selasa lalu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini ada berkongsi foto sedang berbaring di atas katil hospital menantikan kelahiran anak pertamanya itu. Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!