PENCETUS UMMAH (PU) Abu Sufyan memaklumkan bapanya Mohd Mokhtar Rozaidi kini berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti Covid-19. Abu atau nama sebenarnya Mohamad Abu Sufyan Mokhtar, 27, berkata, bapanya itu kini sudah berada dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Selayang. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Azlan Typewriter meninggal dunia akibat Covid-19... hanya dapat tengok detik akhir melalui panggilan video “Doakan ayah saya kuat untuk lawan dan sembuh daripada penyakit Covid-19 ni. Kini keadaan ayah kritikal dan diberikan ubat tidur sebab ayah dah sampai stage 5. Semoga berkat doa korang boleh sembuhkan ayah saya. PU ABU PENDAKWAH BEBAS “Doakan ya... semoga berkat doa korang boleh sembuhkan ayah saya. Maafkan salah silap Cian (Sufyan) ayah” tulisnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sementara itu, Sufyan turut meminta jika ada pengikutnya yang mempunyai pengalaman berdepan dengan penyakit tersebut dalam keadaan kritikal dan mampu sembuh. “Siapa yang ada pengalaman diri sendiri or famili dia yang kritikal Covid tapi sembuh juga boleh share ke nak tahu macam mana proses dia tu” tulisnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!