ISU bayaran murah yang diterima pelakon lama menjadi antara topik perbualan hangat dalam kalangan penggiat seni tanah air selepas ada antara mereka menyuarakan rasa kurang senang dengan layanan yang diberikan itu. Mengulas mengenai topik yang menjadi perhatian anak seni kebelakangan ini, penerbit dan pengarah terkenal iaitu Shuhaimi Lua berkata dia belum pernah berdepan kesulitan mengenai bayaran pelakon di bawah produksinya. "Saya ada baca mengenai isu ini... saya dah banyak berurusan dengan pelakon lama dan baharu, buat masa ini Alhamdulillah tak pernah ada masalah... semuanya baik-baik sahaja dan mereka terbuka untuk perbincangan. Kalau kita rasa mampu untuk bayar, kita teruskan! ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ terima ugutan bunuh, penonton mahu episod akhir ikut selera mereka - “Jangan taasub... kita buat drama sekadar hiburan” "Sebenarnya isu ini boleh diselesaikan dengan perbincangan bersama iaitu artis dan syarikat produksi... kita boleh berbincang dan nego! Kalau ada yang tak bersetuju mereka boleh nyatakan nilai yang sesuai. Mungkin ada pihak produksi yang tak kenal pelakon lama dan artis itu pula menguruskan diri sendiri tanpa pengurus... itu yang menyebabkan masalah komunikasi. "Untuk pelakon di bawah projek saya, kita memang tak abaikan bayaran untuk pelakon, tak kira baharu atau lama... paling minima bayaran ialah RM1,000 sehari. Kemudian berapa banyak babak serta berapa lama khidmat mereka diperlukan dalam projek drama atau telefilem itu," katanya kepada mStar. Aidil Aziz merupakan salah seorang pelakon telefilem Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri. Sebelum ini, pelakon dan pelawak Syanie Hisham meluahkan rasa terkilan apabila kredibilitinya sebagai pelakon berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang lakonan tidak dipandang golongan penerbit. Lebih mengecewakan apabila Syanie memberitahu pernah ditawarkan bayaran sebanyak RM500 bagi menjayakan dua episod drama. Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan penerbit Fadzil Teh yang berpendapat kebanyakan pelakon liat untuk mempromosikan drama atau telefilem lakonan mereka di media sosial masing-masing, Shuhaimi berpendapat dalam hal ini pelakon tidak sepatutnya berkira dalam membantu memberikan promosi di ruangan sosial mereka. "Dalam isu ini tak salah kalau pelakon bantu promosi produk lakonan mereka sendiri... tapi sejujurnya macam saya memang tak pernah paksa pelakon saya post di media sosial. Sebelum ini, episod akhir AYKGI ramai penonton mengamuk dan tak puas hati kerana katanya penutup drama tergantung, macam tak ada kesudahan! SHUHAIMI LUA PENGARAH/ PENERBIT "Semuanya mereka buat dengan kerelaan hati. Selebihnya promosi saya sendiri yang akan turun padang... minta rakan-rakan wartawan bantu sebarkan mengenai drama atau telefilem baharu itu. Kita sebagai pengarah dan penerbit semestinya mahu produk kita mendapat sambutan, jadi kita sendiri yang perlu promosikan apa produk kita. "Alhamdulillah buat masa ini tak pernah lagi berdepan dengan artis yang liat atau kedekut nak kongsi mengenai projek lakonan mereka di laman sosial. Semuanya memberikan kerjasama cukup baik," ujarnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam perkembangan lain, pemilik produksi Tanah Beris Film Production memberitahu telefilem seram arahannya berjudul Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri akan ditayangkan di TV3 pukul 10 malam, Sabtu. Telefilem ini merupakan penamat untuk drama Aku Yang Kau Gelar Isteri (AYKGI) yang bersiaran di slot Samarinda pada Mac lalu. Telefilem Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri merupakan penamat kepada drama ini yang pernah bersiaran pada Mac lalu. "Sebelum ini, episod akhir AYKGI ramai penonton mengamuk dan tak puas hati kerana katanya penutup drama tergantung, macam tak ada kesudahan... jadi TV3 dan kami bersetuju untuk hasilkan satu telefilem khas yang akan menceritakan mengenai penamat drama ini. "Selepas ini tiada AYKGI kedua. Kita habiskan cerita ini pada malam ini... melalui media sosial ramai penonton menyatakan rasa tak sabar nak tahu apa jadi kepada watak-watak yang ada. "Masih mengekalkan pelakon sama, cuma kita ada beberapa pelakon lain yang dimasukkan dalam episod istimewa ini antaranya Rita Rudaini. Semestinya episod kali ini cukup menarik dan ramai akan terkejut melihat penghujung watak yang ada. Jadi kena tonton ya!" ujarnya. Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri ini dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman, Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Aidil Aziz, Lana Nordin, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Fifi Laura dan Umar Zarif. Istimewa sempena hari raya, ia akan ditayangkan pukul 10 malam, Sabtu di TV3. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!